Rezeki baby 2021! Menerusi perkongsian terbaru Jehan Miskin dan isterinya, Julie Camelia Rhee di Instagram mereka telah umumkan kelahiran cahaya mata pertama mereka yang diberi nama Axel Nova Rhee Jehan. Selepas hampir 8 tahun mendirikan rumah tangga, pelakon hebat Jehan Miskin kongsi beberapa keping gambar bersama anaknya telah menerima ucapan yang baik di ruangan komennya.
Menurut Jehan Miskin, cahaya mata lelaki sulungnya itu lahir pada tengah malam hari kesembilan sambutan Tahun Baru Cina dan ia merupakan satu malam yang penuh dengan keajaiban. Dalam ciapan Jehan, jelas terpancar rasa kegembiraan di wajahnya dan ia merupakan satu detik yang sangat istimewa buatnya.
View this post on Instagram
Jehan juga turut menggunakan tanda pagar, #babyrojak di dalam kapsyennya untuk menyatakan bayi mereka berdarah campur iaitu Jehan mempunyai darah kacukan Cina sebelah ibunya dan Arab-Melayu sebelah bapanya manakala isterinya pula merupakan warganegara Korea. Baby Axel Nova lots of mix!
Sementara isterinya, Julie Rhee turut berkongsi rasa teruja dengan berita kelahiran anak sulung mereka di Instagram. Menerusi perkongsian Julie pula menjelaskan kini kebahagian ada di mana-mana selepas lahirnya putera sulung yang bakal melengkapi keluarga kecil mereka.
View this post on Instagram
Tambah Julie, dia juga sempat berseloroh di dalam kapsyen perkongsiannya menyatakan “no one is sleeping“. Tidak dinafikan, beberapa minggu pertama ibu bapa baru akan alami situasi ini sementara untuk biasakan diri dengan bayi kecil. Bagaimanapun, saat itu merupakan satu masa yang sangat berharga.
Terdahulu, Jehan berkongsi berita isterinya hamil anak pertama mereka selepas tujuh tahun menanti kelahiran cahaya mata pada September tahun lalu. Pasangan ibu bapa baru ini telah mendirikan rumah tangga pada bulan Mei 2013.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
“ Sorry Semua Cannot Touch Shariq..”- Emma Maembong Tidak Benar Anaknya Disentuh
Selamat Lahir Anak Kedua, Scha & Awal Tulis Warkah Untuk Lara Sampai Netizen Sedih
Sumber: Instagram Jehan Miskin & Julie Rhee