Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Tahniah! Sah Sebelum PKP, Rafidah Ibrahim Bergelar Isteri

today6 May 2021

Background

Tahniah! Sehari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di enam buah daerah sekitar Selangor, pelakon cantik manis Rafidah Irahim sah bergelar isteri! Rafidah berkongsi berita gembira sudah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Shahzemir Shahzulkarib di Instagram miliknya sebentar tadi.

Rafidah menjelaskan majlis ringkas berkenaan telah dilangsungkan pada 5 Mei dan ianya hanya dihadiri oleh adik-beradik serta keluarga sahaja. Namun tidak semua ahli keluarganya dijemput dan Rafidah sempat luahkan maaf kepada saudara mara dan sahabat-sahabatnya yang lain kerana majlis tersebut sangat ringkas dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) serta jumlah jemputan yang sangat terhad.

Baca artikel berkaitan: Neelofa Beli Dalam Dua Atau Tiga Gulung..” Pekerja Kedai Carpet Dedah Neelofa Beli Karpet RM10,000

Alhamdulillah. Tanggal 5hb Mei, saya telah bergelar isteri kepada Shahzemir Shahzulkarib.

Syukur ke hadrat ilahi, dalam kekalutan membuat persediaan yang sangat ringkas, semuanya tetap berjalan lancar dan dipermudahkan..

Menerusi gambar yang dikongsi Rafidah, pelakon berusia 35 tahun itu dilihat mengenakan busana nikah berwarna kuning lembut dan turut berkongsi foto suaminya. Rafidah kemudiannya juga meminta orang ramai mendoakan agar jodoh mereka berpanjangan.

Terdahulu, Rafidah pernah memaklumkan akan menamatkan zaman bujang bersama seorang ahli perniagaan sebelum kedatangan bulan Ramadan tahun ini. Difahamkan lagi, mereka merupakan kenalan lama dan sudah kenal antara satu sama lain sejak 10 tahun lalu.

Baca juga: [VIDEO] “Asyik Kita Je Obses Drama Korea” – Orang Korea React Drama Melayu, Takdir Yang Tertulis Terima Pujian

Sumber: Instagram Rafidah

Written by: Adinna


Previous post