Site icon Kool FM

TAHNIAH TokTi!! Kini Sudah Hamil 4 Bulan

Mata netizen memang tajam dan kini TokTi telah kongsikan berita gembira! Akhirnya teka teki mengenai berita kehamilan kedua Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin sejak bulan lalu terjawab apabila penyanyi tersohor itu mengesahkan kini sudah hamil 4 bulan.

Beliau telah kongsikan berita gembira ini ketika sidang media dan pelancaran produknya pada hari ini, 1 Disember 2020. Tahniah TokTi!

“Alhamdulilah, saya bersama dengan suami hari ini untuk berkongsi berita baik memang benar saya kini sedang hamil.

“Ada yang agak dan berteka-teki sebab saya mendiamkan diri. Dengan keadaan saya tak mengizinkan saya lebih selesa duduk di rumah.

“Doakan semoga kehamilan saya sampai waktu bersalin nanti berjalan lancar dan dapat melahirkan anak saya dengan sihat dan sempurna,” katanya.

TokTi turut berkongsi perkara terbabit menerusi akaun Instagram beliau. Bila menjengah di ruangan komen, ramai pengikutnya meluahkan rasa gembira kepada penyanyi ini dan ramai mendoakan kesejahteraan kepada TokTi dan kandungannya.

“Pertama sekali saya amat bersyukur dan gembira sekali kerana insya-Allah kami akan dikurniaakan seorang lagi cahaya mata tidak lama lagi,” katanya.

Sebelum ini, ia menjadi lebih menduga netizen dan makcik bawang tentang berita ini apabila beberapa rakan media dan rakan selebriti TokTi sendiri berkongsi gambarnya di sosial media. Apapun, sekali lagi kami ucapkan tahiah TokTi! Yay! Afiyyah nak dapat adik..

 

Baca juga:

“Eh nampak baby bump laa..” Sekali Lagi Tok Ti Dikatakan Sedang Mengandung

“Selamat Berehat Idolaku,” Netizen Jangka Siti Nurhaliza Hamil Anak Kedua?

 

 

 

 

Sumber: Instagram CTDK

Exit mobile version