Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Tak Ada Masa Nak Kusut Pasal Ni” – Dikaitkan Punca Intan Najuwa Putus Tunang, Zul Ariffin Sangkal Dakwaan

today23 March 2021

Background

Hubungan antara Intan Najuwa dan tunangnya,  Razrul Anwar Rusli iaitu seorang ahli perniagaan dikatakan sudah berakhir. Namun di sebalik putusnya tali pertunangan itu, nama seorang pelakon lelaki popular tanah air turut mendapat tempias kerana dikatakan menjadi puncanya. Tapi sebelum spekulasi ini dibiarkan tanpa jawapan, lebih baik kita terus tanya kepada tuan punya badan. 

Zul Ariffin, 35 tahun, menerima dakwaan kononnya menjadi antara punca putusnya ikatan pertunangan Intan. Bagaimanapun, Zul menyangkal dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa dia tidak tahu apa-apa pun mengenai status hubungan Intan. Tambahan lagi, dia turut menafikan sedang menjalin hubungan dengan Intan, sekali gus menjadi orang ketiga yang menyebabkan aktres itu berpisah dengan Razrul.

“Saya selalu sangat dikaitkan dengan macam-macam gosip tetapi untuk kali ini saya tak tahu dan tiada kena-mengena,” katanya.

Jadi tuan punya badan pun sudah menjelaskan spekulasi yang timbul dan harap tidak lagi kaitkan namanya. Dalam pada itu, Zul turut menjelaskan dia tidak ada masa untuk mengusutkan kepada dengan isu tersebut. 

“Ini bukan kali pertama orang bercakap tentang saya berkaitan isu sebegini. Sebelum ini, spekulasi tersebut muncul mungkin disebabkan kami pernah bergandingan dalam drama,” ujarnya.

Mungkin disebabkan Intan dan Zul pernah bergandingan dalam drama bersiri, Setelahku Dimiliki yang disiarkan menerusi slot Akasia pada tahun 2019, gosip mengenai mereka pantas diperkatakan. Dalam pada itu, Intan Najuwa membuat pengesahan sudah putus tunang dan enggan lagi dikaitkan dengan Razrul memandangkan sudah lama mereka membawa haluan masing-masing. Malah, dia juga menafikan kewujudan orang ketiga sebagai punca perpisahan dengan Razrul.

Baca juga artikel menarik lain:

“Penjarakan Sosial Pun Tak Ada” – Buat Majlis Kahwin Dikatakan Tiada SOP, DG Hisham Beri Respon…

Beli-belah Pakaian Teman Wanita, Hubungan Bersama Skandal Kantoi Di Tengah Jalan

 

 

 

 

Sumber daripada: Kosmo

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Gaya Hidup

Tubuh Badan Seperti Budak Kecil, Rupanya Pengantin Perempuan Ini Berusia 27 Tahun. Comel!

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen masih ramai bertanya berapakah umur sebenar pengantin tersebut.Malah, ada juga yang memuji pengantin itu sangat comel dan kelihatan seperti budak kecil. Ramai juga yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan mereka.Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 457K views, 24.8K likes dan 833 comments di TikTok.Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

today23 March 2021