Kini, kebanyakkan rakyat Malaysia sedang sedia menanti giliran untuk mengambil vaksin yang disediakan oleh kerajaan Malaysia. Pelbagai inisiatif kerajaan sediakan untuk memudahkan proses pengambilan vaksin untuk memastikan setiap rakyat Malaysia dilindungi daripada wabak maut Covid-19. Rata-rata yang sudah mengambil vaksin juga sempat berkongsi pengalaman mereka. Ada yang mengalami simptom yang agak berat namun ramai juga yang hanya mengalami simptom berasa lapar dan mengantuk sahaja.
Baru-baru tidak ketinggalan, pelakon dan pengacara terkenal, Mira Filzah juga telah berkongsi pengalamannya menerima suntikan AstraZeneca pada hari Sabtu lalu. Menerusi perkongsian videonya di Instagram, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman menyatakan dirinya telah selesai mengambil dos pertama vaksin AstraZeneca di salah sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Artikel menarik lain: “Simpanlah Kau Punya Bo**h Tu” – Seperti ‘Berperang’ Di Ruangan Komen Bila Suhaimi Saad Sound Catriona Ross

“Alhamdulillah, hari Sabtu lepas Mira selesai ambil dos pertama Vaksin AstraZeneca. Baru hari ni rajin nak post sebab baru baik demam!”
Mira juga menjelaskan dirinya baru sempat berkongsi pengalamannya kerana baru sahaja baik demam. Tambah Mira, pengalaman mengambil vaksin itu sangat mudah dan tidak terasa lama disebabkan prosesnya sentiasa berjalan dari satu kaunter ke kaunter lain.
Tinjauan di ruangan komen pula, rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah kepada Mira kerana tidak memotong barisan untuk mengambil suntikan vaksin seperti sesetengah golongan kayangan lain. Ada juga pengikutnya sempat meninggalkan komen mendoakan kesejahteraan Mira. Ingat ya, bersamalah kita menghentikan penularan pandemik Covid-19 dengan daftarkan diri menjadi penerima vaksin secepat mungkin.
Baca juga: Ayda Jebat Tawar RM50 Setiap Hari Bagi Siapa Dapat Duduk Rumah Sewaktu Total Lockdown
Sumber: Instagram Mira Filzah