Nak diet untuk turunkan berat badan tak salah, tapi kalau dah sampai membawa kemudaratan diri tu mungkin teknik diet yang kita gunakan adalah salah. Di negara seberang, seorang penyanyi dangdut Indonesia, Juwita Bahar dikatakan koma 15 hari selepas mengamalkan diet tak makan nasi.

Rasanya koma 15 hari tu dah boleh dianggap teruk jugalah teknik diet yang dilakukan oleh penyanyi dangdut itu. Selain koma, Juwita dikatakan turut mengalami lumpuh sebaik sedar daripada koma dan tidak dapat menggerakkan tubuhnya. Menurutnya, diet yang dilakukan itu adalah kerana dia mengalami masalah berat badan sejak kecil.
“Disebabkan mengalami masalah berat badan sejak kecil, saya nekad untuk mengamalkan diet tanpa makan nasi selama dua tahun sebelum satu hari, badan terasa panas serta demam.” kata Juwita menceritakan detik sebelum dia koma.
Sejurus selepas itu, Juwita dikatakan tiba-tiba pengsan dan terus dikejarkan ke hospital. Namun, selepas dia sedar, barulah Juwita tahu bahawa dia sudah 15 hari koma. Dalam masa yang sama sejurus sedar, Juwita tidak dapat menggerakkan badannya.
Menurutnya, untuk kembali pulih seperti sedia kala dia terpaksa mengambil masa yang cukup lama. Disebabkan badannya tidak dapat bergerak, maka dia seolah-olah seperti bayi yang perlu belajar bagun, berjalan dan menulis semula. Sewaktu lumpuh, katanya badan tidak terasa sakit, namun terpaksa bergantung sepenuhnya kepada orang lain untuk bergerak.
Walaupun doktor penah memberitahunya bahawa dia cuma ada 50 peratus peluang untuk hidup normal, kini Juwita sudah pulih sepenuhnya dan boleh melakukan aktiviti harian dan pekerjaan seperti biasa.
Elak Amalkan Diet Tidak Sihat
Seperti kisah Juwita itu, sebenarnya ramai juga antara kita yang kurang peka dengan amalan diet yang sihat. Kebiasaannya kita akan fikir jika kurang ambil makanan, maka berat badan akan cepat turun. Namun, ia merupakan satu konsep yang salah dalam diet. Jadi sebenarnya, anda amatlah dilarang untuk melakukan diet seperti diet air atau diet rendah karbohidrat.
Kesannya, badan kita tidak mendapat keperluan serat, protein, karbohidrat dan kalsium yang diperlukan. Bila badan tidak cukup zat yang diperlukan, maka berlakulah komplikasi kesihatan seperti yang dialami oleh Juwita.
Baca juga artikel menarik lain:
‘Rap Sedap, Nyanyi Sedap, Mengaji Pun Sedap’ – Ramai Terpesona Kemerduan Zizi Kirana Mengaji
Tidak Sampai Sehari Dilahirkan, Bayi Ini Ditinggalkan Kesejukan Dalam Ladang Kelapa Sawit
Sumber daripada: Kosmo