Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Tak Malu Ke Post Benda Macam Ini?” – Zara Zya Ditegur Dan Kongsi Review Video Tak Senonoh

today8 June 2021

Background

Musim pandemik ini, ramai yang terkesan dari pelbagai aspek tidak kira mental, masalah kesihatan dan juga dari segi pendapatan. Ramai selebriti Malaysia mula lakukan produk review secara percuma untuk membantu peniaga kecil sedikit sebanyak. Ini adalah satu inisiatif yang baik untuk selebriti-selebriti Malaysia menggunakan platform mereka bantu mereka yang memerlukan.

Bagaimanapun, satu perkongsian daripada pelakon popular Zara Zya beberapa hari lalu telah menjadi bualan hangat netizen apabila Zara memuat naik sebuah video yang mempromosikan produk dewasa di laman sosial Instagram miliknya. Hantaran tersebut menerima komen negatif bukan hanya ia tentang produk dewasa malah video yang dikongsi Zara secara terang-terangan menunjukkan pasangan lelaki dan perempuan sedang berpelukan erat di atas katil.

Baca artikel menarik lain: “Secara Tak Langsung, Rosakkan Mata Korang.. Bella Minta Maaf” – Nabila Razali Jawab Isu Tudung Singkat

Hantaran dikongsi bersama kapsyen mengenai hubungan suami isteri di musim pandemik. Tinjauan di ruangan komen, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa terkejut melihat iklan yang dikongsi oleh Zara itu. Malah, mereka seakan tidak percaya tambahan lagi kerana Zara membawa penampilan seorang muslimah. Ada juga menyatakan walaupun ia adalah review berbayar namun Zara seharusnya tahu batas perkongsiannya.

Selain itu, Zara turut menerima komen bahawa dia seorang selebriti yang dikenali ramai mungkin ada antara pengikutnya bawah umur jadi perkongsian seperti ini akan buatkan mereka salah faham. Statusnya seorang wanita yang belum berkahwin juga menjadi persoalan netizen kerana dia tidak seharusnya kongsi kisah hubungan kelamin suami isteri.

Video yang dikongsi Zara itu telah menerima lebih 800 ribu tontonan dan hampir dua ribu komen. Ada yang sempat berseloroh menyatakan mungkin pembantu peribadi Zara yang melakukan hantaran tersebut. Amboi, sempat netizen bergurau. Apa pun, semoga selepas ini Zara lebih peka dengan apa yang dikongsi secara terbuka di media sosialnya.

Baca juga: “Aku Nak Buat Cerita Buat Apa” – Zarina Anjoulie Dedah Pernah Dipukul Bekas Suami, Ahli Keluarga Jadi Saksi

Sumber: Instagram Zara Zya

Written by: Adinna


Previous post