Amy Mastura merupakan penyayi dan pelakon yang terkenal pada satu masa dahulu. Boleh dikatakan Amy Mastura setaraf dengan Siti Nurhaliza dan Ziana Zain apabila dia dipilih untuk membuat persembahan di Sukan Komanwel 1998 di hadapan Ratu Elizabeth II. Bukan calang-calang tau orangnya. Amy juga banyak terlibat dengan filem atau drama yang berkonsepkan komedi kerana aksinya yang spontan dan mencuit hati.
Baca juga: “The Unproblematic Queen Is Cancel&” – Tokti Dikecam Wargamaya Gara-Gara Majlis Tahnik
Namun, siapa sangka Amy Mastura yang ceria kini sudahpun menjangkau umur 50 tahun. Menerusi perkongsiannya yang terbaru di laman Instagram, Amy menyambut ulangtahun kelahirannya semalam iaitu pada tanggal 10 Mei. Amy berkongsikan gambar bersama kek yang diberikan oleh anak-anaknya dengan 5 batang lilin di atas. Kata Amy, dengan 5 batang lilin tersebut, dia kini boleh digelar warga emas.
Meninjau ke ruangan balas, ramai yang seakan-akan tidak percaya dengan pendedahan ini. Mana taknya, wajah Amy sepertinya tidak berubah. Nampak awet muda sahaja seperti tidak dimamah usia. Ada juga yang berkata Amy masih nampak macam remaja, masih comel seperti dulu.

Bestnya dah 50 tahun pun masih nampak sihat dan muda! Apa agaknya rahsia awet muda Amy Mastura ya? Apa pun kita doakan semoga Amy Mastura sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan bahagia di samping keluarga.
Baca juga: “Bila Nak Keluar Ni..” – Ain Edruce Teruja Nak Jumpa ‘Baby’ Tapi Dia Masih “Relax” Dalam Perut
Sumber: Amy Mastura