Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Tak Pakai Mask Kebal Virus Ke Ni?” – Fashion Show Didakwa Tak Ikut SOP, Netizen Minta Polis Siasat

today25 March 2021

Background

Bila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat di seluruh negara, maka banyaklah kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan untuk rakyat meneruskan kehidupan seperti biasa. Kalau sebelum ni tak boleh melangsungkan majlis perkahwinan atau apa-apa majlis, sekarang dah pun boleh. Bagaimanapun, setiap majlis yang dianjurkan perlulah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Gagal mematuhi SOP, maka denda akan dikeluarkan oleh pihak berkuasa. 

Bukan murah ye denda sekarang sebab boleh mencecah jumlah maksimum RM10,000. Rasanya memang tak sangguplah nak membiarkan diri untuk didenda sebanyak itu. Namun, tetap ada segelintir yang masih tidak patuh dengan SOP sepenuhnya. Terbaharu, tular di Twitter mengenai sebuah pertunjukan fesyen yang dilihat tidak mengikut SOP bagi anjuran sesebuah majlis.

Menerusi perkongsian di Twitter itu, jelas wargamaya yang berkongsikan tentang perkara itu berasa marah dengan penganjur pertunjukan fesyen tersebut.

“Tolonglah. Seorang ada virus, habis semua kena. Lepas itu angka jangkitan tak menurun dan kami tak boleh balik raya di kampung lagi tahun ni,” ujar pemilik akaun Twitter tersebut yang resah memikirkan kemungkinan tidak dapat beraya di kampung lagi tahun ini. 

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna Twitter turut berkongsi satu video memaparkan seorang pemuda dipercayai pengasas sebuah jenama pakaian membuat kenyataan seolah-olah tiada SOP sewaktu pertunjukan fesyen itu berlangsung. Sementara itu, wargamaya lain mula menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap pihak penganjur kerana membiarkan ia berlangsung tanpa pematuhan SOP yang tinggi, dan ada juga yang turut meminta pihak polis membuat siasatan terhadap isu ini. 

Walaupun gambar yang dikongsi di Twitter itu memaparkan penonton tidak memakai pelitup muka, namun masih dapat dilihat segelintir yang memakainya. Apa-apa pun, harap pihak penganjur dapat menjelaskan keadaan sebenar agar tidak mengundang kemarahan ramai pihak.

Baca juga artikel menarik lain:

“She Is Back” – Nabila Razali Buat Persembahan Pertama Selepas AJL, Ramai Puji Suara Sedap

Akibat Bergurau Londeh Seluar Rakan Di Hadapan Orang Ramai, Lelaki Ini Maut Ditikam

 

 

 

 

Sumber daripada: Twitter

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Gaya Hidup

MyBayar Saman: Diskaun Saman PDRM 50% Online (Mulai 25 Mac

DISKAUN MYBAYAR SAMAN 50% SEMPENA HARI POLIS KE-214 (MULAI 25 MAC – 11 APRIL 2021) Sempena Hari Polis ke 241 tahun 2021 ini, PDRM telah mengadakan Majlis Pelancaran Portal Dan Aplikasi MyBayar Saman yang akan dirasmikan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador. Majlis tersebut bertempat di Dewan Theatrette, Menara 1 Bukit Aman pada hari ini, 25 Mac 2021, jam 2.30 petang. Menariknya, pengguna... Klik […]

today25 March 2021