Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

‘Tak Pernah Ada Masa Sebanyak Ni..’ – PKP Ubah Kehidupan Nabila Huda Jadi Lebih Baik

today4 July 2021

Background

Pelakon, Nabila Huda meluahkan perasaannya berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini. Menurut Nabila Huda, sepanjang tempoh dua tahun ini, dia berasa stress, tidak bebas, hidup dalam ketakutan, kehilangan, kekurangan dan mengalami pelbagai perasaan yang lain terutama apabila disahkan positif Covid-19 pada bulan yang lalu.

Namun begitu, pelakon filem ‘Munafik’ ini tetap bersyukur kerana pelaksanaan PKP di Malaysia sedikit sebanyak mengubah cara hidupnya ke arah yang lebih baik. Jelas Nabila, tingkah laku dan gaya hidupnya merupakan perubahan yang paling drastik sepanjang dua tahun ini. Tambahnya, dia banyak menghabiskan masa bersama keluarga tersayang.

“Saya masak setiap hari untuk keluarga. Sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Saya mulakan hari dengan gelak ketawa. Kami bersembang dan berkongsi pelbagai cerita. Adakalanya, kami berborak mengenai kehidupan dunia dan isu semasa. Pukul 10 malam kami semua masuk bilik dan menonton movie. Setiap hari. Saya tak pernah ada masa sebanyak ini bersama keluarga sepanjang saya jadi seorang pelakon,”

Ujar Nabila lagi, kegembiraan bersama keluarga merupakan momen terindah namun, ada kalanya dia berasa tertekan kerana tidak boleh bebas seperti dahulu. Sebagai manusia, Nabila berusaha untuk gembira dan ketawa walaupun perniagaannya tidak berjalan dengan baik. Setakat ini, makan, minum masih cukup dibayar ujarnya.

Untuk bacaan selanjutnya, klik saja disini.

Written by: Hamka Rosli


Previous post