Kool FM

Tak Sampai Sebulan, IG Anak Kedua Awal Ashaari Cecah 100k Pengikut!

Siapa tak kenal dengan pasangan serasi, Scha Alyahya dan Awal Ashaari. Kehidupan mereka kini diwarnai dengan kehadiran seorang lagi cahaya mata perempuan, Lyla Amina Ahmad yang kini sudah pun berusia sebulan.

Seperti rakan artis yang lain,  mereka akan cipta akaun Instagram persendirian untuk anak mereka sejak dari kecil lagi. Begitulah Awal dan Scha, 10 Mac lalu dia telah mencipta akaun dan menceritakan perjalanan isterinya ketika mengandungkan Lyla sehinggalah kini sudah pun selamat melihat dunia.

May be an image of 1 person

Apa yang menjadi perhatian apabila tidak sampai sebulan, akaun Lyla Amina diserbu 100 ribu pengikut! Memang ramai berminat nak tahu perkembangan anak Awal dan Scha.

Dalam pada masa yang sama juga, anak Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim, Isaac Raees juga meraih 100k pengikut baru-baru ini. Fuh! Anak artis meletup-letup.

Kecil-kecil lagi dah terkenal. Kami pengguna media sosial lebih dari setahun pun belum tentu boleh dapat pengikut sebanyak tu. Apa pun, semoga anak Awal dan Scha, membesar jadi anak solehah.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Manisnya! Lyla Amina Pilihan Scha Alyahya Dan Awal Ashaari

“Didakwa Telah Merosakkan Imej, Jenama & Reputasi Syarikat Hiasan Dalaman” – Awal Ashaari Disaman RM3 Juta

 

 

 

 

Sumber: instagram

Exit mobile version