Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Tak Semua Wanita Mudah Keluarkan Susu” – Netizen Kecam Gelaran ‘Anak Susuan Lembu’ Sebab Beri Susu Formula

today19 May 2021

Background

Bagi ibu yang baru melahirkan bayi pertama, tentu ia menjadi saat yang indah kerana akhirnya sudah bergelar seorang ibu. Perjalanan seorang ibu baharu pula adalah berbeza dengan semasa hamil dan banyak perkara yang perlu dipelajari. Namun, perjalanan setiap orang adalah berbeza kerana ada yang melaluinya dengan mudah, dan ada yang dengan penuh cabaran.

Baru-baru ini telah tular satu kenyataan di Twitter mengenai harga susu formula yang dikatakan agak mahal untuk dibeli. Bagaimanapun, kenyataan itu telah dibalas oleh salah seorang pengguna Twitter dengan menyatakan susu paling mudah dan murah adalah susu ibu itu sendiri. Namun, apa yang menimbulkan kemarahan orang ramai adalah apabila individu tersebut turut menyatakan ibu-ibu zaman sekarang sanggup menjadikan bayi mereka sebagai ‘anak susuan lembu’. 

Baca juga: “Hentikan Perangai Gatal Pada Budak Kecil” – Netizen Tegur Ramai Cuba “Mengorat” Anak Ustaz Ebit Lew

Kenyataan tersebut tentu sekali menimbulkan kemarahan ramai kerana tidak semua kaum ibu mudah untuk keluarkan susu dan terpaksa menggunakan alternatif lain bagi menjaga kesihatan bayinya. Dalam pada itu, salah seorang pensyarah di Twitter turut mengeluarkan satu ciapan yang membidas kenyataan tidak berasas itu.

Menurut pensyarah yang dikenali dengan nama Che Puteh Osman itu, menyamakan anak yang tidak dapat susu ibu atas pelbagai faktor sebagai anak susuan lembu adalah sikap yang patut dikeji. Jadi seharusnya kita semua lebih memahami mereka yang tidak dapat memberikan susu ibu secara penuh kerana tak semua melalui jalan yang mudah.

Sementara itu, rata-rata wargamaya mengecam kenyataan ‘anak susuan lembu’ itu dan merasakan ia satu kenyataan yang biadab. Namun sebenarnya, kenyataan mengatakan susu ibu adalah mudah dan murah adalah salah sama sekali kerana si bapa masih perlu mengeluarkan duit bagi kesejahteraan penghasilan susu ibu. Apa-apa pun, kita harus beri sokongan buat semua kaum ibu untuk berikan susu yang terbaik buat anaknya, tidak kira formula ataupun susu ibu. 

Baca juga: “Baru Tahu Mualaf Malaysia Tak Boleh Bersuara” – Michael Ang Bidas Komen Netizen Minta Dia Untuk Senyap

Sumber daripada: Twitter

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Lifestyle

Seramai 64,046 Kanak-Kanak Dijangkiti Covid-19 Dalam Tempoh Setahun

Nampaknya perkembangan kes Covid-19 semakin membimbangkan dan menunjukkan peningkatan. Bukan sahaja merisaukan untuk warga emas, malah jangkitan kes dalam kalangan kanak-kanak juga turut merisaukan. Terbaharu dalam satu laporan akhbar melaporkan bahawa lebih 60 ribu kanak-kanak dijangkiti wabak ini dalam tempoh setahun! 64,046 kanak-kanak dijangkiti Covid-19 Seramai 64,046 kanak-kanak dijangkiti Covid-19 dalam tempoh setahun lalu selain […] Seramai 64,046 kanak-kanak dijangkiti Covid-19 dalam tempoh setahun lalu selain turut mengorbankan lapan petugas […]

today19 May 2021