Nasib yang menimpa seorang remaja lelaki dari Thailand ini menjadi bualan warganet apabila kisahnya tersebar di media sosial. Difahamkan kisahnya bermula selepas dia membeli sebuah iPhone di atas talian namun apa yang diterimanya hanyalah meja kopi membuatkan warganet geli hati dan kesian akan kejadian menimpanya itu.
Pada mulanya, remaja tersebut tertarik pada penjualan sebuah iPhone 7 yang dijual dengan harga murah secara online, namun disebabkan sikapnya yang terburu-buru, dia tidak memeriksa perincian yang diberikan yang ia sebenarnya adalah sebuah meja kopi.
Remaja tersebut bagaimanapun tidak dinyatakan namanya sebenarnya sudah mengesyaki ada yang tidak kena dengan pembeliannya itu kerana kos penghantaran adalah tinggi dan melebihi dari kos pembelian telefon berkenaan. Tetapi dia tidak tergerak hati untuk bertanya perkara tersebut kepada penjualnya sebaliknya meneruskan pembelian ‘gajet’ berkenaan.


Remaja tersebut dikejutkan sebaik bungkusan tersebut tiba ke rumahnya. Menurut laporan media tempatan sewaktu memperoleh barangan itu, dia mendapati kotak ‘iPhone’ itu hampir sama tinggi dengannya. Dia kemudian membuka kotak berkenaan sebelum mendapati didalamnya terdapat sebuah iPhone gergasi. Dia disaat itu baru menyedari yang dia sebenarnya telah membeli meja kopi berbentuk iPhone 7.
Menyedari hajatnya tidak kesampaian, pemuda ini bagaimanapun berpendapat bahawa dia mungkin tidak membaca keterangan produk dengan teliti sebelum melakukan pembelian. Dia kemudian berkongsi foto berkenaan ke media sosial sehingga tular dan turut diperkatakan di seluruh dunia. Namun sebalik kejadian tersebut sebenarnya memang terdapat banyak penjualan meja dengan rupa bentuk iphone di atas talian, malah ia cukup digemari peminat barangan Apple sendiri.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Wanita Tunggu 10 Hari Beli Online Sofa Baru Akhirnya Yang Sampai Sofa Budak!
Barang Beli Online Pecah? Ini Yang Anda Perlu Lakukan
Sumber: HMetro