Kool FM

“Tak Tenang Tengok Dah Berbaik?” – Stalker Buat Fake Akaun Ganggu Hidup Puteri Liyana & Ibu Mentua

Apabila rumah tangga didatangi orang ketiga, tentu ia sedikit sebanyak akan menimbulkan konflik dalaman antara suami dan isteri. Tidak sepatutnya ada orang ketiga yang mengganggu gugat ketenteraman rumah tangga seseorang. Bagaimanapun, pelakon Puteri Sarah Liyana menerusi Instastory miliknya memuat naik satu posting yang menunjukkan keluarganya sedang diganggu oleh individu tidak bertanggungjawab. 

Menurut Sarah, individu terbabit menggunakan akaun palsu semata-mata ingin mengintip aktiviti harian dia dan suaminya, Syamsul Yusof yang telah berbaik semula selepas dihimpit konflik beberapa bulan lalu. Sara yang tidak mengunci akaunnya bagaimanapun mengalu-alukan individu terbabit untuk mengintip aktivitinya di Instagram.

Stalk lah, Instagram saya tak private. Maaf saya terlalu sibuk dengan kerja, keluarga dan perniagaan saya dan tidak ada masa untuk buat perkara lain seperti awak yang terpaksa buat akaun palsu,” ujar Sarah memerli tindakan individu yang mengganggunya itu.

Image via:https://www.nst.com.my/

Dalam pada itu, Sarah turut menasihatkan individu terbabit untuk berubah dan tidak melakukan perkara yang sia-sia itu. Menurut Sarah, gangguna daripada individu tersebut tidak terhad kepadanya sahaja, malah Kakak ipar serta ibu mentuanya turut diganggu. Tambahan lagi, kawan-kawan dan stokis produk barangannya juga turut menjadi mangsa gangguan. 

“Nak kena buat laporan polis lagi ke awak ni? Tolonglah jaga maruah tu sikit. Pergi berubat, dah teruk sangat awak ni,” tulis Sarah. 

Terdahulu, Sarah menyatakan dia banyak menerima provokasi di ruangan mesej peribadi di Instagram. Rumah tangganya sebelum ini terus diganggu pihak tidak bertanggungjawab sehingga membuatkan hubungan dia dan Syamsul dingin. Bagaimanapun, kini mereka berdua telah berbaik dan berharap tidak ada lagi gangguan daripada pihak yang cuba merosakkan kebahagiaan mereka. 

Baca juga artikel menarik lain:

Tabiat Tak Bermoral Dapat Dihidu Mangsa, Polis Tangkap Suspek Rakam Punggung Wanita

Suami Minta ‘Jahit Lebih Sikit,’ Ramai Netizen Baru Tahu Istilah ‘Husband Stitch’

Sumber daripada: Instagram

Exit mobile version