Apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau total lockdown kali ini, ia sedikit sebanyak menjadi satu mencabar besar buat sesetengah peniaga kecil. Tidak semua sektor dibenarkan beroperasi untuk PKP 3.0 kali ini dan walaupun peniaga-peniaga dibenarkan untuk berniaga tetapi kita boleh jangkakan keuntungan mereka akan berkurangan sedikit daripada hari biasa memandangkan orang ramai #dudukrumah.
Oleh itu, peniaga perlu menjadi lebih kreatif dan memasang strategi baru untuk menaikkan semula jualan. Perubahan masa dan teknologi memberikan peniaga-peniaga kecil untuk bernafas lebih dengan penggunaan media sosial. Ini adalah salah satu inisiatif terakhir untuk mereka mempromosikan jualan.
Tindakan seorang selebriti tanah air, Datin Paduka Eina Azman baru-baru ini telah menarik minat peniaga kecil di media sosial terutama di Instagram dan orang ramai apabila beliau tampil menghulurkan bantuan dengan memberikan review percuma di Instagram peribadinya. Menurut perkongsiannya itu, review tersebut khas buat peniaga yang ingin mempromosikan produk mereka.
Baca artikel menarik lain: “Tak Feeling Kayangan Cucuk Vaksin!” Mira Filzah Syukur Sudah Ambil Vaksin Dos Pertama AstraZeneca

Perkongsian Eina di akaun Instagram peribadinya kali ini bukan sahaja dihujani komen daripada peminat malah peniaga online juga turut teruja juga dengan peluang yang diberikan Eina kali ini. Selain itu, dalam perkongsian itu Eina juga telah sertakan cara dan langkah yang perlu peniaga-peniaga yang ingin terlibat lakukan untuk sertai produk review tersebut.
Setakat jam 6.29 petang semalam, Eina telah menerima lebih 1000 mesej di WhatsApp daripada peniaga-peniga yang ingin terlibat. Beliau turut meminta mereka yang telah menghantarkan pesanan mesej untuk bersabar dan tunggu balasan mesej daripada pengurus media sosialnya. Eina turut berharap peniaga-peniaga yang telah tinggalkan mesej di WhatsApp memahami dan sedia menanti giliran masing-masing. Tinjauan ke InstaStory Eina malam Rabu, 02 Jun 2021, beliau telah mula lakukan review produk-produk seperti yang telah dijanjikan.

Jelas Eina, usaha ini merupakan satu bantuan kecil yang boleh dirinya lakukan untuk membantu mereka yang benar-benar memerlukan. Beliau turut berharap dengan review produk secara percuma ini sedikit sebanyak mampu membantu meningkatkan hasil jualan peniaga online.
Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata pengikutnya dan peniaga online meluahkan rasa berterima kasih kepada usaha dan niat murni Eina yang sudi membantu orang lain ketika waktu sukar ini. Ramai juga antara mereka mendoakan agar Eina dan keluarga terus dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki.





Sumber: Instagram Eina Azman