Sejak semalam, media sosial hangat menjadi perbualan para pelajar calon Sijil Pelajran Malaysia (SPM) 2020 yang bakal mendapat keputusan mereka pada 10 Jun 2020. Tentu ramai dalam kalangan mereka yang tidak senang duduk dan tidak dapat tidur malam menanti keputusan yang bakal mengubah corak kehidupan mereka. Para pelajar tingkatan 5 adalah antara kumpulan yang terkesan dengan wabak pandemik COVID-19 di mana mereka terpaksa menduduki SPM dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat di dewan peperiksaan.
Terbaru, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, Gred Purata Nasional (GPN) pada SPM 2020 meningkat sebanyak 4.80 berbanding 4.86 pada tahun lalu. Perbezaan 0.06 purata ini telah menjadikan keputusan SPM 2020 antara yang terbaik semenjak 5 tahun lalu. Wah, ini adalah satu sejarah yang membanggakan rakyat Malaysia! Hebatnya adik-adik SPM 2020 ni..
Tinjauan di ruangan media sosial mendapati ramai dalam kalangan calon SPM 2020 ini mendapat keputusan yang cemerlang. Sudah tentu para ibu bapa tidak lekang dengan senyuman yang terukir di bibir apabila melihat kejayaan anak-anak mereka yang amat membanggakan. Kejayaan mereka ini telah membuktikan bahawa pandemik COVID-19 tidak menjatuhkan semangat mereka untuk menghadapi peperiksaan SPM meskipun dalam keadaan norma baharu.
THANK YOU GAIS YANG MENDOAKAN ! ???? #SPM2020result pic.twitter.com/ow5gUyix58
— ???? (@akramidr_) June 10, 2021


Menurut sumber laporan berita, bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, meskipun para pelajar Tingkatan 5 ini kebanyakan menghabiskan masa pembelajaran secara Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) kerana pandemk, difahamkan pihak kerajaan tidak menurunkan sistem penilaian gred dalam SPM ini. Wah, sangat hebat calon SPM 2020 ni, ternyata sangat luar biasa!
Tahniah sekali lagi diucapkan buat mereka yang berjaya. Kepada yang kurang berjaya, jangan sedih kerana ini baru saja merupakan permulaan hidup anda untuk melangkah ke fasa yang seterusnya.
Baca juga: Soo Wincci Mahu Memecahkan Rekod Malaysia Dan Sepanyol Dengan ‘Double PhD’
Penulis: Aqilah Paharuzi
Sumber: Twitter