Mungkin bagi selebriti di Malaysia memang mudah untuk nyatakan sokongan serta lantang bersuara mengenai isu kemanusiaan yang melanda Palestin. Namun, perkara itu tidak sama bagi selebriti di negara barat kerana mempunyai pengikut yang bukan majoritinya beragama Islam seperti kita di Malaysia. Tidak semua menyatakan sokongan terhadap Palestin di sana, dan kelantangan selebriti mempertahankan Palestin mungkin akan memberi kesan terhadap imej selebriti itu.
View this post on Instagram
Antara selebriti barat yang kelihatan lantang menzahirkan sokongan terhadap Palestin adalah model terkenal dunia, Bella Hadid sehingga dia kelihatan turut serta dalam demonstrasi jalanan mempertahankan Palestin. Namun, disebabkan kelantangannya itu dia dikatakan tidak lagi dinamakan sebagai wajah jenama barangan mewah Perancis, Dior.
Baca juga: 5 Sebab Kenapa Briged Al-Qassam Ditakuti Tentera I5R4EL
Desas-desus tersebut sedang tular dan bertebaran dalam Twitter. Ekoran itu, ramai yang menzahirkan rasa tidak puas hati andai perkara tersebut benar-benar berlaku. Wargamaya mula mempersoalkan kenapa Bella Hadid, atau nama penuhnya Isabella Khair Hadid, 25, didiskriminasi sebegitu rupa. Hal ini tidak sama seperti bintang Wonder Woman, Gal Gadot yang turut mempertahankan negara asalnya, Israel, dapat hidup dengan aman tanpa sebarang ugutan dan penafian hak.
Gal Gadot can talk about serving a military that denies Palestinians basic human rights but the moment Bella Hadid stands up for Palestinian rights she loses brand deals, is banned from shows, and receives death threats. Interesting.
— noor? (@n_ooryy) May 20, 2021
“Gal Gadot boleh cakap tentang khidmat ketenteraan yang menafikan hak kemanusian rakyat Palestin tapi apabila Bella mempertahankan Palestin (negara asalnya), dia hilang ditamatkan kontrak kerjasama jenama mewah, disekat daripada peragaan dan menerima ugutan bunuh,” ciap seorang pengguna di Twitter.
Memang nampak layanan berbeza yang diterima oleh Bella Hadid walaupun dia hanya mempertahankan tanah Palestin yang pernah menjadi tanah kelahiran ahli keluarganya terdahulu. Bella yang juga kakak kepada seorang lagi supermodel terkemuka, Gigi merupakan antara bintang global yang paling lantang mempertahankan Palestin yang kini bermati-matian menyelamatkan negara mereka daripada kezaliman Rejim Zionis.
dior who? we only stan bella hadid. pic.twitter.com/QAifL6ZKVt
— ain⁴ (@aynalyaa) May 20, 2021
Is it true Dior & Michael Kors banned Bella Hadid for fighting for human rights? It’s shame how I used to love these brands.
— ??????? ?? (@wardinaanuarr) May 20, 2021
Bella Hadid just lost her dior contract??? for supporting Palestine??? for standing up for human rights??? ok then everyone should boycott Dior. pic.twitter.com/KjjVNVjuO7
— Fashion Insider (@fashinsider2) May 20, 2021
the power bella hadid holds that those zionists literally had to threaten her. such a queen pic.twitter.com/sPQhWsDd7I
— juststahpeveryone (@juststahpevery1) May 20, 2021
Berita terbaharu perkembangan situasi di Gaza, selepas lebih seminggu lalu Zionis membedil Palestin, akhirnya Israel dan dua kumpulan pejuang utama di Gaza mengumumkan gencatan senjata semalam, dalam usaha mengakhiri pertempuran ganas 11 hari. Ia merupakan kemenangan buat umat Islam di seluruh dunia dan ramai mula membanjiri media sosial dan menyebarkan khabar gembira ini.
Kini tepat jam 7 pagi 9 Syawal, Palestin akhirnya menang!
Kemenangan untuk kita semua!
Selamat Hari Raya untukmu Palestin❤️#FreePalestine #VictoryForPalestine pic.twitter.com/iGgbBXsAyT— Sir kamarul (@kamarul14) May 20, 2021
Sumber daripada: Kosmo & Berita Harian