Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Teringat Zaman Sekolah Dulu” – Elite Kembali Bergabung Selepas 20 Tahun, Peminat Turut Teruja!

today31 March 2021

Background

Tamparan Wanita, Manisnya Senyumanmu, G.I.G, dan banyak lagi lagu-lagu daripada kumpulan Elite yang sering berkumandang di corong-corong radio satu ketika dahulu. Mungkin generasi sekarang kurang mengenali mereka, namun bagi generasi terdahulu inilah kumpulan penyanyi yang dianggotai oleh para wanita yang pernah menjadi kegilaan. 

Bagaimanapun, selepas lama menyepi, berita baik buat peminat kumpulan Elite apabila mereka bakal bergabung kembali. Sempena ulang tahun ke-25, kumpulan Elite yang dianggotai Abby Abadi, Azza, Linda Rafar, Watie dan Sasha kembali bergabung menerusi single terbaharu berjudul Alhamdulillah. Video-video menampilkan kesemua ahli kumpulan Elite yang sedia begambar bersama juga turut dikongsikan oleh mereka semua. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112)

Menurut Abby, selepas hampir 20 tahun tidak bersatu dalam mana-mana acara, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk kembali bekerjasama.

“Saya anggota paling awal mengundur diri. Jadi, jika dihitung hampir 20 tahun anggota asal kumpulan Elite tidak bersatu. Selalunya pasti ada ahli yang tidak lengkap,” kata Abby.

Kemunculan kembali kumpulan Elite ini akan menyaksikan mereka membawa single terbaharu yang berkonsepkan islamik. Lagu ‘Alhamdulillah’ itu juga dikatakan menyampaikan mesej yang baik dan positif, sesuai dengan ketibaan bulan Ramadan tidak lama lagi. Tentunya single terbaharu itu adalah buat peminat yang sudah lama menantikan kemunculan semula Elite.

Dalam pada itu, Watie menjelaskan bahawa walaupun mereka muncul kembali membawa lagu kerohanian, namun identiti Elite yang sering membawa genre rap masih dikekalkan. 

“Sudah lama tidak menyanyi dan masuk ke studio rakaman, agak mencabar untuk kami semua. Namun, proses rakaman dan rakaman video muzik berjalan dengan pantas. Harap peminat akan menyukai lagu terbaharu kami,” ujar Watie.

Sementara itu, para peminat juga turut berkongsi keterujaan dengan berita tersebut. Nampaknya masih ramai peminat yang tidak lupa dengan kumpulan Elite dan masih menanti akan kemunculan semula mereka. Ia pasti akan mengimbau kembali kenangan kita semasa zaman remaja dahulu. 

Bagi yang tak sabar nak dengar single terbaharu kumpulan Elite, lagu Alhamdulillah bakal dilancarkan pada 19 April depan di semua platform digital. 

Baca juga artikel menarik lain:

“Kita Pun Boleh Jadi World Class” – Pertama Kali Jadi Muka Hadapan Majalah Vogue, Yuna Kongsi Kisah Di Hollywood

“Dia Tak Tegur Noh Begitu Begini” – Penghijrahan Mizz Nina Banyak Pengaruhi Noh Salleh Untuk Turut Berubah

Sumber berita: Harian Metro

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Buletin

Jalinan kerjasama Widad, BZI bangunkan projek Widad@Langkasuka

PETALING JAYA – Widad Business Group Sdn. Bhd. (Widad) telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Bin Zayed International LLC (BZI) bagi membangunkan projek hartanah bernilai RM40 bilion yang dikenali sebagai [email protected] di Langkawi. Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Widad, Tan Sri Muhammad Ikmal berkata, projek tersebut dijangka mengubah lanskap negeri Kedah dan bakal menjadi mercu tanda baharu buat Pulau Langkawi. Menurut beliau, untuk me­realisasikan projek mega tersebut,... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today31 March 2021