Apa anda buat sekiranya ternampak satu lembaga asing yang tidak dikenali berada di dalam rumah anda? Bagi umat Islam mungkin kita akan ‘bersihkan’ rumah tu dengan bacaan doa dan ayat-ayat suci Al-Quran. Mungkin ada juga yang akan lari keluar dari rumah tu dan panggil pakar penghalau hantu untuk mengusir keluar lembaga tersebut.
Bagaimanapun, seorang lelaki memutuskan untuk pindah keluar terus dari rumah selepas ‘terserempak’ dengan satu lembaga putih. Menurut laporan, lelaki tersebut secara tidak sengaja merakam imej lembaga misteri selepas terdengar bunyi ketukan kuat dari ruang dapur. Apabila diteliti gambar tersebut, terlihat satu lembaga berwajah putih yang mengintai di sebalik pintu dapur kediaman tersebut.

Lelaki tersebut kemudian memuat naik gambar itu di laman sosial Reddit dan mendapat hampir 1,000 komen daripada warganet. Rata-rata menyatakan gambar tersebut cukup seram dan terkejut melihat lembaga putih itu yang mengintai dari belakang pintu. Bagaimanapun, tidak kurang juga yang mempersoalkan kesahihan gambar tersebut dan menyatakan ianya mungkin dirancang.
“Saya membesarkan gambar itu untuk melihat apa yang ada dan terkejut hingga hampir tercampak iPad yang saya letakkan di atas paha,” kata seorang warganet di Reddit.
Mereka yang mempertikaikan kesahihan imej itu adalah disebabkan faktor resolusi dan mendakwa imej itu diedit semula dengan meletakkan wajah entiti dekat pintu dapur. Namun ada juga warganet yang menyatakan sekiranya imej itu adalah benar, maka lelaki tersebut memang betul-betul ada masalah ‘hantu’ di rumah itu.
Namun lelaki terbabit tetap mempertahankan kejadian dan imej itu. Menurutnya, selepas merakamkan imej itu, dia sudah memeriksa kediaman itu dan mendapati memang tidak ada sesiapa melainkan dia seorang. Rakan serumahnya tidak ada pada ketika itu dan semua pintu dan tingkap sudah dikunci. Mungkin kalau jadi dekat kita tak cukup tanah nak lari…
Selepas insiden menyeramkan itu, lelaki tersebut terus membuat keputusan untuk mengemas segala barangnya dan kembali tinggal bersama keluarganya.
Baca juga artikel menarik lain:
Jenis² Fobia Pelik Yang Mungkin Anda Miliki Tanpa Sedar…
Benci Dengan Suara Sendiri? Ini Sebabnya Kenapa Kita Tak Suka Suara Sendiri Dalam Video