Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Teruskan Berjuang Dan Jagalah Disiplin, Pasti Sukses” – Titip Fasha Buat Elisya Sandha

today13 April 2021

Background

Elisya Sandha atau nama sebenarnya Nur Elisya Hassan merupakan pelakon baru yang semakin melonjak namanya di persada seni. Tidak mahu menumpang populariti kakaknya iaitu Fasha Sandha yang merupakan antara barisan pelakon terbaik di negara ini, Elisya tekad membina nama dan kariernya sendiri sejak remaja lagi.

Sejak daripada itu, banyak acara-acara yang menghiasi hidupnya. Pada Februari lepas, Elisya melangsungkan pertunangannya bersama Uzair Haqimy iaitu anak kepada penerbit dan pelakon, Sheila Rusly.  Majlis tersebut nampak begitu eksklusif sekali.

Baca lagi: Ini Adalah 3 Nama Lain Bagi Bulan Ramadan

Terbaru, Elisya memuat naik gambar di Instagram bersama Fasha Sandha dan keluarga serta sebuah kereta baharu jenama Volswagen.

Baru sahaja berusia 21 tahun, namun Elisya Sandha sudah mampu memiliki kereta berjenama mewahnya sendiri. Ini adalah satu pencapaian yang besar dan membanggakan.

Bukanlah sesuatu yang disorok, perhubungan Fasha dan Elisya memang rapat dan mereka saling memberi sokongan antara satu sama lain. Selepas beberapa jam Elisya berkongsikan khabar gembira itu di Instagram, Fasha turut berkongsikan satu gambar yang sama di akaun miliknya.

Pesan Fasha buat adik kesayangannya, dia bangga dengan pencapaian Elisya yang bekerja keras membina hidup dan kariernya sendiri. Titipnya lagi, dia mahu Elisya supaya terus berjuang dan jagalah disiplin. Kejayaan pasti akan menjadi miliknya sampai bila-bila.

Dapat dilihat di ruangan komen posting tersebut, Elisya membalas dengan ucapan terima kasih dan dia berkata bahawa kakaknya itulah yang mengajarnya menjadi seseorang yang berdikari sehingga berjaya seperti hari ini.

Hubungan adik-beradik diibaratkan seperti tali air yang tidak akan putus. Suka dan bangga apabila dapat melihat adik-beradik yang saling membantu dan menyokong antara satu sama lain seperti ini. Apa pun, didoakan semoga Elisya terus sukses di masa akan datang.

Baca lagi: “Dr Tolong Check Hati Saya Sakit Dan Sedih..” –  Chef Wan Hampir Sakit Jantung Kerana Tekanan

Sumber: Fasha Sandha

Written by: Danisyah Dalily


Previous post

Buletin

1,500 pengguna terima manfaat

Bera: Kerajaan tidak pernah ketinggalan menyediakan kemudahan jalan untuk masyarakat Orang Asli walaupun mereka menetap di kawasan luar bandar. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today13 April 2021