Kool FM

“The Next Amirul Ke Ni?” – Mira Filzah Buat Tiktok Tapi Emir Malas Layan Buat Netizen Berdekah

Biasalah bila suami isteri ada perangai masing-masing kan? Bagi yang dah berkahwin mesti tahu, kadang-kadang pasangan ni nakkan perhatian yang lebih jadi sebagai suami atau isteri kenalah layankan aje kehendak pasangan. Kadang-kadang tu sampai malas dah nak melayan.

Baca juga: “Kenyataan Saya Berbeza..” –  Fazura Kesal Headline Artikel Berkaitan “Penghijrahan” Dirinya Mengelirukan

Terbaru, Mira Filzah ada berkongsikan videonya di Tiktok dan ia mendapat perhatian ramai. Menerusi video berkenaan dapat dilihat Mira sedang menari dan “feeling” betul layan lagu Hindustan. Apabila lagu itu sampai ke part nanyian lelaki, Mira mengalihkan pula kamera kepada suaminya Emir.

@therealmfmirafilzahChand Chupa Badal Mein ??♬ original sound – syahrullgyan

Namun begitu, Emir hanya duduk tegak dan melihat saja kelakuan Mira yang masih “feeling” dengan lagu berkenaan sambil mengusap rambut Emir. Dari mimik muka yang ditunjukkan, Emir nampak seperti malas nak melayan Mira dan rakaman video Tiktoknya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Mira dan Emir. Ada juga yang komen, “The next Amirul ke ni?”.  Amirul yang di maksudkan di sini adalah suami kepada Ain Edruce. Sejak Ain dan Amirul berkahwin, Amirul sering membuat penampilan di dalam video Youtube Ain. Reaksi Amirul “melayan” gelagat isterinya yang gila-gila menjadi sumber hiburan buat ramai.

Bila ada yang komen begini, ramai pula yang setuju. Persamaan Emir dan Amirul adalah kedua-duanya merupakan individu yang serius jadi bila disuruh “layan” lagu Hindustan memang agak janggal. Si isteri pula masing-masing suka menyakat. Comel je bila tengok diorang ni. Apa pun kita doakan agar perkahwinan Mira dan Emir berpanjangan.

Baca juga: “Something Is Not Right.. ” –  Akma Abdullah Minta Rakan Rapat Iqram Dinzly Beri Bantuan Segera

Sumber: Mira Filzah

Exit mobile version