Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Tiada Niat Langsung Persendakan Budaya Sarawak” – Zynakal Tampil Mohon Maaf

today1 June 2021

Background

Selepas teruk dikecam selepas melemparkan komen yang dikatakan kurang sensitif dan menyinggung perasaan orang Sarawak, Zynakal akhirnya tampil membuat permohonan maaf. Pada minggu lalu, Zyn atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli menerima kecaman hebat apabila dia menghantar komen kepada sahabatnya, Yonnyboii yang juga merupakan seorang penyanyi. 

Menerusi hantaran di Instagram Yonnyboii, dia berkongsi foto dirinya pada satu ketika dia lengkap berpakaian tradisional salah satu etnik Sarawak. Dikesempatan itu, Zyn melemparkan satu komen mengenai foto tersebut. Walaupun komen Zyn ringkas iaitu “uga-uga” pada ruangan komen, wargamaya lain terutamanya dari Sarawak merasakan ia sebagai satu penghinaan terhadap mereka. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZYN AKAL (@zynakal)

Baca juga: “Jangan Melawak Pasal Rakyat Yang Dah Pergi” – Altimet Tegur Doktor Bergurau Tidak Kena Masa

“Tiada niat langsung untuk mempersendakan pakaian atau adat warga sarawak, maaf jika komen saya menyakiti hati kalian dan maafkan saya,” tulis Zyn di ruangan kapsyen dalam video permohonan maafnya itu.

Tidak lama kemudian, Zyn memuatnaik satu video permohonan maaf atas kesilapannya itu. Jelas Zyn, dia tidak ada niat untuk menghina atau mempersenda adat dan tradisi orang Sarawak. Sebaliknya Zyn hanya bergurau dengan sahabatnya itu. Dalam pada itu, ramai wargamaya serta rakan artis yang menerima permohonan maaf dari Zyn. 

Semoga perkara ini dijadikan sebagai pengajaran dan ingatan pada masa akan datang. 

Baca juga: Cuba Sokong Kenyataan Mira Filzah, Netizen ‘Sound’ Azfar Heri Sebab Pernah Langgar SOP

Sumber daripada: Instagram

Written by: Hamka Rosli


Previous post

‘Simpan La Kau Punya B*d*h Tu, Jangan Tunjuk Sangat’ – Suhaimi Saad

Hiburan Semasa

‘Simpan La Kau Punya B*d*h Tu, Jangan Tunjuk Sangat’ – Suhaimi Saad

Isu & Kontroversi Di Instagram, bekas penyanyi nasyid iaitu Suhaimi Saad, menempelak kenyataan pelakon, Catriona Ross yang sebelum ini bengang dan kesal dengan tindakan segelintir masyarakat yang pulang ke kampung menjelang ‘total lockdown’. Amboii. Sedap dan nampak puas, klimak sangat bila kau dapat kata rakyat ni se-tu-pid dan b*ngai eh. Jangan megah sangat la dapat buat macam tu kak. Kau kena faham yang masalah dan keperluan orang ni tak sama. Jangan […]

today1 June 2021