Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Tidak Dapat Hantar Produk Yang Berjumlah 1.4 Juta, Saharul Ridzwan Mengaku Perniagaan Terjejas

today28 May 2021

Background

Wabak pandemik Covid-19 semakin lama semakin ganas menyerang rakyat di negara ini sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu dilaksanakan berkali-kali sepanjang 2 tahun ini. Kesan daripadanya, pendapatan dan kelangsungan hidup rakyat terjejas kerana ada yang terpaksa menutup perniagaan dalam satu jangka masa yang lama. Perniagaan menyumbang banyak kepada ekonomi kerana setiap perniagaan berkait antara satu sama lain.

Baca juga: Uqasha Senrose Dipuji Kerana Tak “Meroyan” Ditegur Netizen, Terus Perbaiki Diri Lengkap Bertutup Menyediakan Makanan

Terbaru, pelakon, Saharul Ridhwan membuat satu perkongsian melalui video live di Instagram. Saharul dilihat agak penat dan tertekan sepanjang live itu berlangsung. Menurut Saharul, dia kini sedang menemui jalan buntu bagaimana lagi mahu menghabiskan stok-stok produk wangiannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SAHARUL RIDZWAN® (@saharulridzwan)

Produk wangian jenama Ode yang berjumlah 1.4 juta itu sepatutnya dihantar ke kedai-kedai runcit dan butik pada hari ini (Khamis) namun perancangan terpaksa dibatalkan kerana majoriti kedai tutup angkara kes jangkitan Covid-19 yang semakin melonjak tinggi. Kata Saharul perancangannya semua tidak menjadi dan banyak dugaan datang ketika ini.

Saharul yang ketika itu sedang berada di kilang Ode turut menunjukkan produk-produknya yang terpaksa disimpan kerana tidak boleh dihantar ke mana-mana. Penuh satu ruang di atas kilang dengan produk-produk tersebut yang telah pun disusun dan disimpan rapi di dalam kotak.

Saharul sedar bahawa bukan dirinya sahaja yang terjejas ketika ini dan dia berkata dia tidak dapat bayangkan nasib peniaga-peniaga kecil yang lain. Pastinya keadaan mereka lebih susah. Apa pun kita doakan agar perniagaan Saharul Ridhzwan dipermudahkan jalan dan dapat menembusi pasaran dengan jaya.

Baca juga: “Sekarang Adalah Masa Terima Pembalasan Atas Kedegilan Semua..” Shahrulezad Puas Hati Dapat “Hentam” Rakyat Yang Degil

Sumber: Saharul Ridhzwan

Written by: Danisyah Dalily


Previous post