Kool FM

“Tinggal Baby Sendirian Di Ruang Tamu” – Pembantu Rumah Larikan Diri, Emma Maembong Beri Pesanan

Bagi ibu bapa yang bekerja penuh masa dan baru mendapat cahaya mata, tentu kita memerlukan bantuan untuk menguruskan anak atau hal rumah. Mereka yang berkemampuan akan menggunakan khidmat pembantu rumah bagi tujuan tersebut. Mungkin lebih mudah, namun kes-kes seperti pembantu rumah melarikan diri tetap tidak dapat dielakkan daripada berlaku. 

Umum sedia tahu pelakon terkenal, Emma Maembong baru sahaja menimang cahaya mata pertama hasil perkahwinan bersama Muhammad Shazli Azhar, 32 tahun. Bagi membantu menguruskan penjagaan anaknya pula, Emma dilihat menggunakan khidmat pembantu rumah. Bagaimanapun, melalui perkongsian di Instagram miliknya, Emma memaklumkan bahawa pembantu rumahnya telah melarikan diri.

Image via: Instagram

Tujuan saya naikkan hantaran ini, bukan untuk mengaibkan atau memburukkan sesiapa. Tapi untuk orang di luar sana supaya berhati hati dan jangan terlalu mudah percaya dengan pembantu-pembantu rumah walaupun dah lama bekerja dan nampak baik depan kita,” kata Emma dalam hantaran terbaharu di Instagramnya.

Menurut Emma, pembantunya itu secara tiba-tiba menghilangkan diri. Kali terakhir dia dilihat mengambil kunci dan kad akses bersama dua bag plastik sampah besar dengan alasan ingin membuang sampah sebelum keluar dari rumah. Namun, selepas 30 minit pembantu rumahnya itu masih tidak masuk ke dalam rumah. Kemudian Emma mendapati telefon bimbit pembantu rumahnya itu sudah dimatikan, dan nombornya sudah disekat dalam aplikasi Whatsapp.

Sehingga kini pembantu rumahnya gagal untuk dihubungi. Emma turut memberitahu bahawa anaknya, Shariq Gabriel ditinggalkan sendirian di ruang tamu sewaktu kejadian. Bagaimanapun, Emma menegaskan tujuan dia memuat naik hantaran tersebut bukanlah untuk membuka aib, tetapi untuk mencari pembantu rumahnya yang menghilangkan diri serta memberi peringatan kepada semua untuk lebih berhati-hati. 

Emma turut berkongsi di Insta Story bahawa pembantu rumahnya itu lari untuk ikut seorang lelaki yang dikenalinya di Facebook. Difahamkan tujuannya adalah untuk berkahwin dengan lelaki berkenaan. Emma menambah, lelaki tersebut tidak benarkan pembantu rumahnya menjadi ‘bibik’ sekiranya mahu berkahwin.

Dalam pada itu, wargamaya juga turut terkejut dengan kejadian tersebut, namun bersyukur tidak berlaku apa-apa perkara yang tak diingini terhadap Shariq Gabriel. Apa-apa pun, kita doakan semoga urusan Emma sekeluarga dipermudahkan untuk selesaikan kes ini. 

Baca juga artikel menarik lain:

9 Pengemis Gagal Patuh SOP Berdepan Hukuman Denda RM10,000 Undang Kemarahan Orang Ramai

Nabila Razali Mohon Maaf ‘Terkucil’ Semasa Persembahan AJL35, Rakan Artis Dan Netizen Tetap Beri Kata Semangat

Sumber daripada: Instagram

Exit mobile version