Pelbagai content yang ada di media sosial kini yang dihasilkan sama ada bagi tujuan hiburan ataupun pemasaran. Daripada golongan influencer sampailah ke golongan artis, pasti akan ada kandungan-kandungan baharu pada setiap hari. Sebagai wargamaya, dah jadi macam kebiasaan untuk kita menonton video-video yang dihasilkan mereka. Antara artis yang sering mendapat perhatian setiap kali memuat naik video terbaharu adalah penyanyi nombor satu negara, iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Menerusi video pendek terbaharu yang dimuat naik ke Instagram beliau, atau lebih mesra disapa Tokti, wargamaya boleh melihat aksi Tokti menyanyi lipsync. Menggunakan lagu yang dipopularkan oleh Bruno Mars, aksi Tokti melakukan lipsync dikatakan sangat comel sehingga membuatkan ramai wargamaya terpegun.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji kecantikan Tokti dan juga kecomelannya yang terserlah itu. Walaupun video tersebut ringkas dengan aksi yang bersahaja, wargamaya tetap merasakan aksi Tokti kelihatan sangat comel.

Sementara itu, bukan setakat wargamaya sahaja, rakan-rakan artis juga turut memuji reaksi wajah Tokti yang comel itu. Rasanya kita semua boleh bersetuju untuk mengatakan lipsync yang dilakukan Tokti itu memang comel.
Baca juga artikel menarik lain:
“Tak Pakai Mask Kebal Virus Ke Ni?” – Fashion Show Didakwa Tak Ikut SOP, Netizen Minta Polis Siasat
Makan Gaji Atau Kerja Sendiri, Apa Kelebihan Dan Cabarannya?