Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Tular Kisah Seram Hantar Barang Di Bukit Tunku, Rider Lain Juga Akui Terkena ‘Benda’ Yang Sama

today22 June 2021

Background

Bekerja sebagai seorang rider penghantar makanan atau barang memang memenatkan. Tidak kira panas atau hujan, barang atau makanan yang dipesan pelanggan tetap perlu dihantar. Semua itu adalah demi mencari rezeki halal. Bagaimanapun, tular satu kisah di Twitter mengenai satu kejadian seram berlaku di Bukit Tunku semasa salah seorang rider menghantar makanan di situ.

Kisahnya bermula apabila rider tersebut menerima pesanan makanan sekitar jam 7 malam dan makanan perlu di hantar di Jalan Bukit Tunku. Menurut rider tersebut, selepas tiba di lokasi yang telah dikongsikan oleh pengirim, dia mendapati rumah tersebut gelap gelita. Lalu rider tersebut pun menelefon pengirim tadi.

Baca juga: “Teruskan Usaha, Salute Bro!” – Labur Modal RM20,000, Pemuda Ini Kongsi Kisah Gagal Dalam Perniagaan

“Rumah gelap macam tak ada orang je. Dia kata hantar Bukit Tunku lah. Waktu tu hati dah mula gelisah dan takut,” kata rider tersebut.

Tempat tersebut dikatakan adalah tepat dengan tempat yang dikongsikan oleh pengirim. Kemudian rider itu pun buka beg yang disimpan pesanan makanan tadi untuk dikeluarkan. Namun alangkah terkejutnya dia bila tengok makanan tu dah tak ada. Tiba-tiba pengirim tadi menghantar mesej menyatakan makanan sudah diambil dan minta rider tersebut beredar dan tidak menoleh kebelakang. 

“Lepas balik rumah, malam tu demam yang amat panas. Tiga hari dapat tempat sama jawabnya auto cancel,” tambah rider itu.

Dalam pada itu, perkongsian tersebut telah membuatkan beberapa rider lain tampil menyatakan hal yang sama. Mereka pernah alami perkara ganjil dan seram bila menghantar makanan atau barang di Bukit Tunku. Barangkali hantu di situ pun nak merasa makan McD, kata beberapa pengguna media sosial yang lain. Sama ada kisah ini sahih ataupun tidak, harap semua rider kekal selamat semasa bekerja. 

Baca juga: “Bomba Bukan Superman” – Lelaki Akui Gagal Kawal Emosi, Mohon Maaf Serang Anggota Bomba

Written by: Hamka Rosli


Previous post