Sejak negara diserang virus pembunuh Covid-19, para petugas hadapan atau fronliners lah antara yang paling banyak berjasa buat rakyat. Semuanya mereka lakukan termasuklah mengebumikan mayat pesakit Covid-19. Nak mengebumikan mayat bukan perkara mudah. Banyak perkara perlu difikirkan dan banyak juga rintangan yang perlu dilalui.
Baru-baru ini, seorang frontliner yang dikenali dengan nama Adree berkongsikan pengalamannya mengusung keranda mayat sejauh 1 kilometer di laman Facebook miliknya. Perkongsian itu mendapat perhatian ramai dan ia tular di media sosial.
Menerusi perkongsian Adree, dia berkata bahawa dirinya dan rakan-rakan terpaksa berjalan kaki sepanjang perjalanan untuk tiba di tempat perkuburan orang asli. Hal ini kerana, kenderaan beroda empat tidak dapat melalui susur jalan ke tanah perkuburan orang asli itu.
Perjalanan tersebut mengambil masa selama 1 jam. Mereka juga terpaksa berhenti sebanyak 2 kali kerana terlalu penat dan mengah melalui jalan kampung yang berbukit di tambah pula mereka membawa mayat dan keranda yang berat. Mereka juga perlu memakai PPE. Tak dapat bayangkan betapa penat dan panasnya mereka. Namun, menurut Adree mereka berjaya selesaikan tugas tersebut dengan baik.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata luluh hati melihat pengorbanan frontliners. Besar jasa mereka kepada masyarakat. Ramai yang tak lepas dari menitipkan doa buat mereka. Kata wargamaya hanya Tuhan mampu balas jasa baik mereka ini.

Apa pun, kita doakan agar para frontliners kita terus kuat dan kita doakan agar virus pembunuh Covid-19 ini segera diangkat dari bumi ini.
Baca juga: Kempen Bendera Putih Sebagai Simbol Soladiriti Disambut Baik Segelintir Rakyat Malaysia
Sumber: Adree