Rasanya semua sedia tahu kalau nak berhibur tak salah, tapi perlulah ada batas pada norma kehidupan masyarakat dan juga agama. Mungkin itu apa yang cuba disampaikan oleh Usatazah Asma Harun dalam hantaran terbaharunya di Instagram yang membuat teguran secara terbuka kepada penggiat seni.

Teguran tersebut secara amnya menasihatkan mereka yang bekerja dalam bidang hiburan atau seni supaya tidak terlalu menormalisasikan maksiat. Hal ini kerana apa sahaja yang dihasilkan akan ditonton oleh penonton tidak kira usia, agama, dan bangsa. Jadi sekiranya kandungan-kandungan yang boleh mengundang maksiat banyak dihasilkan, ia secara tak langsung akan membuatkan perkara tersebut sebagai normal dalam kehidupan seharian.
“Iya, kalian diperlukan dalam persada seni, memenuhi keperluan fitrah insani, namun bukan dengan cara begini. Kasihanilah diri sendiri, kita semua bakal mati, janganlah ditangguh lagi hajat untuk kembali,” pesan ustazah Asma dalam hantaran tersebut.
Dalam pada itu, Ustazah Asma turut berpesan agar golongan selebriti atau penghibur menjadi lebih bertanggungjawab untuk tidak menyumbang kepada kerosakan yang sedia ada ini. Hentikan persembahan atau pertandingan maksiat, berunsur lucah dan menjatuhkan maruah. Tidak dinafikan juga ramai golongan artis yang tetap berjaya dengan membawa imej yang baik, bermaruah serta menjaga batas.
Sementara itu, pelakon Syatilla Melvin dan Noor Khiriah turun meninggalkan komen dengan ucapan terima kasih atas peringatan yang diberikan.
Ini bukanlah kali pertama Ustazah Asma membuat teguran secara terbuka di media sosial kepada golongan artis. Semoga terguran ini tetap disambut baik oleh mereka yang bergelar anak seni.
Baca juga artikel menarik lain:
Netizen Ucap Selamat Tinggal Buat NTV7, Sarimah Ibrahim Imbas Memori Bersama Stesen TV Tersebut
Sumber daripada: Instagram