Ketika dunia sedang dilanda wabak pandemik Covid-19. ada segelintir masyarakat kita yang dibelenggu perasaan anxiety dan negatif sehingga mengakibatkan mereka tercetus kepada depresi. Baru-baru ini, pengacara dan pelakon tersohor Malaysia, Uyaina Arshad membuat kenyataan bahawa beliau diserang perasaan ‘mental breakdown’ beberapa hari yang lalu. Menerusi perkongsiannya di akaun Instagram, Uyaina berkata beliau dihantui rasa sedih, takut, penat, risau, tertekan sehingga diserang migraine.
Menurut Uyaina juga, keadaan yang paling teruk beliau harus lalui ialah apabila Uyaina kerap terjaga pada pukul 3 – 4 pagi. “Berpeluh-peluh lepas tu tak boleh tidur sedangkan badan rasa sangat-sangat penat. Rasa worthless” luah Uyaina di kapsyen gambarnya. Kasihannya. Bukan mudah untuk tenangkan diri kita apabila berada di dalam keadaan mental yang tidak tenang ini.
Akibat daripada gangguan ‘mental breakdown’ ini, Uyaina telah meminta pandangan daripada pengikutnya di Instagram tentang cara mereka menghadapi situasi tersebut. Rata-rata daripada pengikutnya berkongsi pendapat untuk lebih mendekatkan diri dengan pencipta kita. Ada juga di kalangan mereka yang memberi semangat serta mendoakan Uyaina agar kembali kuat untuk mengatasai ujian yang berat ini.


Baca juga:
“Macam Mermaid Lah!” – Tak Pernah Shooting Dalam Air, Uyaina Arshad Teruja Berlakon Ditemani Ikan
Uyaina berkata bahawa minda seseorang memainkan peranan yang penting dalam hidup kita. Dalam dunia yang penuh cabaran ini, kita tidak boleh bersendirian. Menurutnya, apabila berada dalam keadaan mental yang tidak stabil, jangan sesekali malu untuk berkongsi rasa dan meluahkan apa yang kita sedang alami kepada orang yang dipercayai. Alhamdulillah, Uyaina kini dalam keadaan yang lebih baik.
Semoga kita semua terus dilindungi daripada perasaan sebegini. Kalau anda rasa tertekan tu, pergilah bersiar-siar dan kelilingi diri anda dengan kehidupan semula jadi. Cuma yang penting pergi dekat-dekat saja ok, jangan merentas negeri tanpa sebab pula. Hehe.
Penulis: Aqilah Paharuzi
Baca juga:
“Saya Tak Ada Niat Nak ‘Body Shaming’ – Hairul Azreen Kongsi Cerita Masa Lalu
