Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Vaksin Bukan Dajjal” – Khairy Jamaluddin Ajak Orang Ramai Sebar Maklumat Sahih Vaksin COVID-19

today22 February 2021

Background

Semalam merupakan hari yang bersejarah buat negara kita apabila menerima kumpulan pertama bekalan vaksin COVID-19 Malaysia. Vaksin yang dibawa menggunakan Pesawat Malaysia Airlines MH604 itu selamat tiba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 10 pagi. Nampaknya usaha kita untuk mengekang penularan wabak ini sudah memasuki fasa seterusnya.

Image via:https://www.bharian.com.my/

Walaupun umum sedia maklum bahawa suntikan vaksin ini adalah tidak merbahaya dan ianya bertujuan untuk meningkatkan sistem pertahanan badan, namun ada juga segelintir yang menidakkan fakta-fakta ini. Kelompok ini dikenali dengan gelaran ‘anti-vaksin’ di mana mereka menolak penggunaan vaksin (semua jenis vaksin) secara meluas kerana meragui keberkesanannya. 

Mungkin ianya bukan isu baharu, namun dengan keadaan dunia yang diserang oleh wabak COVID-19 dan satu-satunya jalan untuk kita pulihkan negara adalah dengan vaksin COVID-19, kelompok ini juga semakin lantang bersuara di media sosial. Dalam pada itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dalam satu ciapan di Twitter menyangkal dakwaan tidak masuk akal golongan anti-vaksin ini.

Seorang pengguna media sosial mendakwa bahawa vaksin ini ada kaitan dengan kedatangan Dajjal. Namun Khairy membalas kenyataan tersebut dengan menyatakan vaksin bukanlah Dajjal dan ‘One World’ adalah nama airline alliance atau rangkaian syarikat-syarikat penerbangan.

Sementara itu, beliau juga mengajak orang ramai untuk sebarkan maklumat sahih di media sosial. Beliau akui bahawa kelompok antivaksin ini sangat lantang di platform media sosial seperti Facebook dan Whatsapp. Oleh sebab itu, rakyat yang yakin dengan sains boleh bantu kerajaan dalam sebarkan maklumat sahih.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Netizen Tampil Beri Kata Semangat Dan Dorongan Buat Guru Yang Mengajar Di DidikTV

Tahniah! Jehan Miskin Timang Cahaya Mata Lelaki, Baby Axel Nova Rhee Jehan

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Gaya Hidup

Ditinggalkan Tepi Jalan Dengan Kaki Kudung, Anak Tergamak ‘Buang’ Ibu Kandung Sendiri

"Hasil siasatan mendapati beliau merupakan asnaf fakir kami dan masih mempunyai keluarga. Usaha menghubungi keluarga berjaya dilakukan namun tidak mendapat kerjasama yang baik apabila tiada seorang waris yang sudi menjemputnya kembali ke rumah dengan pelbagai alasan""Oleh kerana keadaannya yang kudung sebelah kaki serta ingatan tidak berapa baik, kami terpaksa menyerahkannya untuk tindakan lanjut pihak polis di bawah bidang kuasa pihak berwajib""Namun, sekitar jam 3 pagi, anaknya... Klik untuk baca artikel […]

today22 February 2021