Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

[VIDEO] “Auto Ramai Peminat Ni” – Abang Guard Bagi Pick Up Line Padu Buat Netizen Terhibur

today10 May 2021

Background

Agaknya sekarang ni musim orang ramai mencari hiburan untuk hilangkan rasa kesedihan dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) buat kali ketiga telah dilaksanakan. Daripada kita terus murung di rumah, lebih baik kita cari sesuatu yang dapat menghiburkan diri kita. Oleh itu, menerusi satu perkongsian video yang tular di Twitter ini, ramai wargamaya yang terhibur melihat gelagat seorang pengawal perumahan ini. 

Kalau sebelum ini kita biasa melihat orang kita, terutamanya golongan pelawak memberi ayat pikat atau ‘pick up line’ yang padu, kali ini anda boleh saksikan bagaimana seorang pengawal boleh beri pick up line yang sama padu. Video yang tular itu memaparkan pengawal tersebut melontarkan pick up line kepada dua orang gadis di dalam kereta selepas membantu menunjukkan jalan di kawasan perumahan itu. 

Baca juga:“Masjid Agong Yang Diruntuh Penjajah” – Jejak Rasul Dedah Kota A Famosa Di Bina Atas Masjid Agung Melaka

“Boleh saya tanya apa beza akak dengan Ronaldo? Ronaldo bermain bola tapi akak bermain di fikiran saya,” begitulah pick up line yang diberikan oleh pengawal tersebut sehingga membuatkan dua orang gadis itu terhibur. 

Memang ramai yang memberikan respon di terhadap video tersebut dengan menyatakan mereka terhibur melihat gelagat abang pengawal itu yang pandai memberikan pick up line. Dalam pada itu, ada juga yang menyentuh tentang kesopanan pengawal itu melayan mereka yang ingin masuk ke kawasan itu. 

Memang nampak gembira je abang pengawal tu dengan kerja dia sehingga membuatkan orang lain pun rasa senang berurusan di pondok pengawal. Tapi apa-apa pun, pick up line abang pengawal ni memang padu!

Baca juga: “Cinta Hingga Hujung Nyawa” – Iklan Raya Rupanya Inspirasi Dari Kisah Benar, Tambah Sebak Penonton

Sumber daripada: Twitter

Written by: Hamka Rosli


Previous post