Siapa yang ada anak tu dia fahamlah bukan mudah kita nak besarkan mereka. Cara kita membesar dahulu lain, dan cara mereka membesar kini lain. Kalau soal kesihatan pula, sememangnya kita nak yang terbaik untuk anak-anak. Contohnya soal penjagaan gigi anak-anak. Tentulah kita yang perlu ingatkan mereka untuk gosok gigi dan kurangkan makanan yang manis sebab takut gigi rosak. Bila gigi anak rosak, orang lain cepat je salahkan kita dan kata kita tak pandai jaga gigi anak.
Itulah yang terjadi kepada pelakon Wawa Zainal apabila gigi dua orang anaknya rosak teruk. Menerusi perkongsian terbaharu di Instagramnya, Wawa berkongsi video dia membawa kedua-dua anaknya ke pusat rawatan pergigian bagi membuang gigi yang sudah rosak. Sementara itu, anak perempuannya, Hayla Maghrifatul Adzkiyaa yang baru berusia 6 tahun dipasangkan gigi palsu.
View this post on Instagram
Baca juga: Gelagat Wawa Zainal Berbungkus Plastik Sampah Masuk Bilik Aeril Jadi Perhatian!
“Akhirnya impian Hayla menjadi kenyataan. Cun tak Hayla ada gigi?,” tulis Wawa berkongsi pengalamannya memasangkan gigi palsu pada anaknya.
Menurut Wawa, anak lelakinya, Ahmad Fakhruddin Attar, tidak dipasangkan gigi palsu memandangkan sudah berusia 8 tahun dan akan tumbuh gigi baharu tak lama lagi. Cuma gigi yang rosak je dibuang. Manakala anak perempuannya, Wawa terpaksa buatkan gigi palsu sebab lambat lagi gigi baharu nak tumbuh. Kedua-dua anaknya itu ditidurkan semasa pembedahan.

“Anda yang ada anak gigi rosak jangan down. Wawa pun kena tuduh tak pandai jaga gigi anak, padahal gosok je gigi dua kali sehari,” jelas Wawa lagi.
Wawa menyatakan bukan dia dan suaminya, Aeril Zafrel, tidak pandai menjaga gigi anak-anaknya, tetapi kesilapan Wawa adalah apabila dia lambat bawa anak-anaknya jumpa dengan doktor gigi.

Dalam pada itu, wargamaya yang lain menjadi ‘cari’ melihat Hayla yang nampak cantik dan manis dengan gigi baharunya. Bagaimanapun, penjagaan gigi anak-anak ini bukanlah mudah dan lain orang lain masalah yang dihadapi. Apa-apa pun, kini senyuman Hayla kelihatan lebih manis dan cantik.
Sumber daripada: Instagram