Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

[VIDEO] “Dengan Mesin Pun Nak Gaduh” – Gaya Amy Search Cakap Cina Bikin Netizen Pecah Perut

today12 March 2021

Background

Kalau kita yang tak pandai berbahasa Cina ni mungkin akan bingung apabila mendengar atau membaca arahan yang diberikan dalam bahasa tersebut. Memang kena panggil translator untuk terjemahkan. Tapi lain pula gelagat Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, apabila ‘membalas’ arahan sebuah mesin dengan bahasa Cina. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Melalui perkongsian video di Instagram milik anaknya, Nabila Huda, memperlihatkan sebuah mesin dipercayai Air Fryer seperti sedang memberi arahan kepada Amy dalam bahasa Mandarin. Amy bagaimanapun tidak berdiam diri dan terus membalas dengan gaya percakapan seperti bahasa Cina dalam suara yang sedikit sengau. Memang lucu habis melihat gelagat penyanyi rock terkemuka tanah air itu bergurau.

Dalam pada itu, Nabila yang juga merupakan seorang pelakon menyatakan video tersebut telah membuatkan rindunya kepada ayahnya itu sedikit terubat. Bukan setakat Nabila, wargamaya yang menonton video tersebut turut terhibur melihat gelagat ayahnya. 

“Macam orang sengaulah pula. Sudahlah tak berbaju macam seorang apeklah,” komen salah seorang wargamaya di situ.

Selain itu, ada juga yang mengatakan bahawa gaya Amy sama seperti Nabila. Mungkin lawak jenaka yang dilakukan Nabila sebelum-sebelum ini diwarisi daripada ayahnya. Memang kelakar sebenarnya dua beranak ni. Walaupun percakapan bahasa Cina dari Amy itu tiada makna, namun ianya hanyalah sekadar gurauan.

Baca juga artikel menarik lain:

Gagal Imbas Barcode MySejahtera, Lelaki Ini Jadi Antara Yang Pertama Dikompaun RM10,000

Tarikh Nikah Sebenar Hannah Delisha Jadi Tanda Tanya, Foto Eleena Sui Papar Tarikh Tahun Lepas?

 

 

 

 

Sumber daripada: Instagram

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Buletin

Rampas 400 kg ketum | Harian Metro

Kangar: Sebanyak 400 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM40,000 dirampas oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Kuala Perlis di perairan Kuala Perlis, hari ini. Komander PPM Wilayah Satu, Pulau Pinang, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, kejadian berlaku 3.30 pagi di pesisiran Pantai Kurung Tengar ketika anggota PPM bersama Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Kuala Perlis melakukan rondaan Op Benteng. "Pasukan operasi ternampak longgokan 40 bungkusan plastik hitam dalam... Klik […]

today12 March 2021