Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Video ‘Joget’ Hiburkan Kanak-Kanak Positif Covid-19 Viral, Sukarelawan Ini Cerita Apa Yang Berlaku Sebenarnya

today2 July 2021

Background

Terdahulu, viral sebuah video di media sosial yang mendapat perhatian ramai menyaksikan aksi frontliners menghiburkan seorang kanak-kanak lelaki di sebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di MITC, Melaka. Tindakan para petugas barisan hadapan memainkan lagu dan berjoget demi menghiburkan kanak-kanak yang sedang muram itu raih pujian pengguna media sosial.

Menerusi sesi temubual bersama OHBULAN!, petugas barisan hadapan dikenali sebagai Aysha Khairuddin yang merupakan salah seorang sukarelawan di bawah syarikat New Allwell Pest & Cleaning Sdn Bhd dipertanggungjawabkan bagi melakukan kerja-kerja sanitasi di pusat kuarantin di MITC, Melaka.

Susulan video yang tular itu, Aysha berusia 24 tahun menceritakan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun bernama Firaas sebelumnya kelihatan meragam dan bersedih. Demi menceriakan kanak-kanak tersebut, dia memainkan lagu di telefon pintarnya sambil berjoget menuju ke arah katil kanak-kanak tersebut. Selepas itu, kanak-kanak berkenaan kelihatan gembira dan turut menari bersama.

Untuk bacaan selanjutnya, klik saja disini.

Written by: Hamka Rosli


Previous post