Memang biasa bagi pasangan suami isteri suka bergurau walaupun di tempat awam. Biasanya gurau manja-manja je, bak kata orang nak rapatkan lagi hubungan mesra suami dan isteri. Tapi kalau bergurau tak kena tempat, bersiaplah untuk terima ‘tamparan’ dari pasangan anda.
Itulah yang terjadi kepada Izzue Islam apabila dia dilihat bergurau dengan isterinya sehinggalah dia menerima tamparan manja. Menerusi perkongsian video di Instagram miliknya, Izzue dilihat seperti menjatuhkan isterinya, Awin Nurin, dengan menggunakan kakinya sehingga Awin sempat memberikan padangan tajam kepada Izzue.
Sudahnya, Izzue menerima tamparan halus dan manja daripada isterinya itu. Memang lumrahlah hidup berumah tangga dapat bergurau seperti mereka berdua. Sementara itu, di ruangan kapsyen pula Izzue bertanyakan kepada para pengikutnya sama ada mereka berani buat kepada isteri mereka sama seperti apa yang dilakukannya kepada Awin.
“Anda semua berani ke buat pada isteri macam ni? Come on, kita yang beli beras! Tag suami anda yang beli beras tu,” tulis Izzue di ruangan kapsyen.

Menjengah di ruangan komen pula, ramai wargamaya yang terhibur dengan telatah Izzue dan Awin. Ada juga yang berani tag pasangan mereka dalam ruangan komen dan menyatakan mahu melakukan gurauan yang sama. Apa-apa pun, asalkan ianya sekadar gurauan dan tidak menyakitkan hati mahupun fizikal pasangan kita.
Baca juga: Cuba Sokong Kenyataan Mira Filzah, Netizen ‘Sound’ Azfar Heri Sebab Pernah Langgar SOP
Sumber daripada: Instagram