Ramadan tiba, Ramadan tiba. Begitulah bait lagu yang popular dinyanyikan tiap kali bulan Ramadan mengunjungi kita. Nampaknya tepat waktu Maghrib hari ini, kita sudah secara rasminya memasuki bulan Ramadan dan esoknya kita akan mula berpuasa. Mesti ramai yang dah tak sabar ni nak menjalani ibadah berpuasa selama sebulan. Mungkin juga ramai yang sudah menyediakan resipi masakan yang enak bagi menjamu seisi keluarga.
Dalam pada itu, tidak lupa juga dengan makanan Sunnah sepanjang bulan Ramadan iaitu buah kurma. Inilah makanan paling mudah kalau kita terlepas nak sediakan makanan waktu sahur, ataupun sedang dalam perjalanan pulang dari kerja semasa nak berbuka puasa. Sediakan sahaja buah kurma di rumah atau di dalam kenderaan anda. Tapi biasanya kurma yang kita beli tu, kita terus langsung memakannya tanpa membasuhnya terlebih dahulu.
Baca juga: Puasa Ni Tak Tahu Nak Sahur Apa? Jom Cuba 5 Menu Ringkas Ini
Salah ke kalau makan terus kurma yang dibeli tanpa membasuhnya? Tidaklah salah, namun tular sebuah video pendek di TikTok dikongsikan oleh seorang gadis ini yang menunjukkan bagaimana caranya mencuci buah kurma yang baru dibeli sebelum memakannya. Menurut perkongsian gadis tersebut, basuhan itu adalah bagi menghilangkan kotoran dari buah kurma serta sebarang ulat yang ada di dalamnya.
@azween_muzaniKurma ada ulat kena cuci dulu. ##ramadhan ##ramadhantiba♬ original sound – Azween_Muzani
Cara basuhannya mudah, hanya dengan memasukkan buah kurma tersebut ke dalam air yang dicampuri garam selama 10 hingga 15 minit. Kemudian boleh simpan dalam bekas yang tertutup rapat. Bagaimanapun, ramai juga wargamaya yang mempersoalkan cara tersebut kerana kuatir buah kurma tidak tahan lama selepas dibasuh.
@azween_muzaniReply to @ns24434 Hi.. semoga membantu ?♬ original sound – Azween_Muzani
Namun, gadis yang dikenali dengan nama Azween Muzani itu membuat perkongsian video lain menunjukkan buah kurmanya yang melalui proses basuhan dari bulan Januari, bertahan sehingga kini. Walaupun pelbagai persoalan timbul, Azween menyatakan ia terpulang kepada cara masing-masing dan tidak menjadi masalah untuk memakan buah kurma yang dibeli itu tanpa membasuhnya dahulu.
Sumber daripada: TikTok
