Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

[VIDEO] Mak Frontliners Tak Sempat Pujuk Anak, Ayah Tunjuk ‘Skill’ Pelik…Anak Terus Lelap!

today8 July 2021

Background

Seorang bapa terpaksa menunjukkan ‘skill’ unik menjadi ‘buai bergerak‘ gara-gara anaknya tidak berhenti menangis. Gelagat lelaki berkenaan yang sedang memujuk anaknya yang sedang meragam dianggap sangat kreatif serta menarik perhatian warganet.

Menerusi video yang telah dikongsikan oleh Kak Joy di akaun TikTok, dia yang merupakan seorang petugas barisan hadapan yang tergesa-gesa hendak pergi kerja tidak sempat untuk memujuk anaknya yang sedang menangis.

Pada awal video berkenaan memperlihatkan kanak-kanak itu sedang menangis sambil berselubung dengan kain pelikat lalu suaminya mengambil si kecil itu dan memasukkan ke dalam kain batik yang digendong.

Klik untuk baca artikel penuh.

Written by: Danisyah Dalily


Previous post