Kool FM

[VIDEO] “Mama Mana Pulak Ni…” – Netizen Terhibur Lihat Tomok Cuak Anak Bongsu Panggil ‘Mama’

Telatah anak-anak bila kita bermain dengan mereka di rumah memang menghiburkan. Ada-ada sahaja yang mereka lakukan sehingga membuatkan kita juga turut terhibur. Terbaharu menerusi perkongsian di Instagram, ramai wargamaya yang terhibur melihat gelagat anak bongsu Tomok yang dilihat seperti membongkar rahsia besar ayahnya itu apabila secara tiba-tiba memanggil ‘mama’.

Untuk pengetahuan, panggilan yang biasa anak-anaknya panggil isterinya adalah ‘dibu’. Namun secara tiba-tiba, anak bongsu Tomok, Khadijah menyebut ‘mama’. Cuak dibuatnya Tomok bila anaknya menyebut ‘mama’ seolah-olah membongkarkan rahsia tersebarnya. 

“Dia Pandang Je Ayah Dia” – Netizen Puji Suami Emma Maembong Dodoikan Anak Dengan Bacaan Al-Quran

Mama mana pulak ni. Jangan buat ayah pening khadijah, jangan macam macam,” tulis Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail di ruangan kapsyen. 

Video yang dikongsikannya itu mendapat respon dari rakan-rakan artis dan juga para pengikutnya di Instagram. Rata-rata rasa terhibur dengan gelagat Khadijah dan reaksi Tomok yang terus memandang isterinya sejurus anaknya itu menyebut ‘mama’. Isteri Tomok juga dalam masa yang sama menyahut panggilan anaknya itu dengan bertanya ‘mama mana?’ dalam suara yang konon garang.

Ruangan komen dalam hantaran tersebut terus dihujani dengan usikan nakal daripada wargamaya seolah-olah ada ‘mama’ lain dalam hidup Tomok. Memang lucu. Tapi apa-apa pun, itulah gurauan serta telatah anak beranak.

Baca juga: Ini 6 Senjata Paling Pelik Dan Tak Masuk Akal Pernah Digunakan Semasa Perang

Sumber daripada: Instagram

Exit mobile version