Bulan puasa ni apa yang paling penting kita kena pastikan tahap kesihatan kita berada pada tahap yang terbaik. Kalau tak larat atau ada rasa sakit, sebaiknya pergi terus berjumpa dengan doktor. Yelah tambah lagi dengan musim wabak korona yang masih belum surut ni. Tapi ini mungkin cuma nasihat umum yang mempunyai sedikit kaitan dengan satu video yang dimuatnaik oleh pelakon, Zara Zya.
Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 36 tahun, bukanlah nama yang asing dalam dunia lakonan. Siapa yang layan drama dekat TV petang-petang tu memang kenal dengan Zara Zya. Tapi terbaharu, menerusi perkongsian video di Instagramnya, ada sesuatu yang mengejutkan berlaku.
Dalam video pendek yang dihasilkan melalui aplikasi TikTok itu, dapat dilihat Zara sedang menari sambil mengangkat kucingnya yang bersaiz besar itu. Bagaimanapun, secara tiba-tiba hidungnya berdarah. Riak wajah Zara juga kelihatan cemas apabila melihat darah keluar dari hidungnya.
“Berat sangat sampai berdarah hidung,” tulis Zara di ruangan kapsyen berseloroh seolah-olah hidungnya berdarah kerana kucing kesayangannya itu yang berat.

Sementara itu, meninjau di ruangan komen, ramai yang bertanyakan sama ada Zara dalam keadaan baik ataupun tidak. Mana tidaknya, tentulah kita akan risau kalau nampak darah keluar dari hidung orang tu.
Dalam pada itu, sempat juga seorang wargamaya berkongsikan cara atau langkah yang perlu diambil sekiranya darah keluar dari hidung. Memang bagus perkongsian salah seorang pengikut Zara ini yang mungkin boleh membantu mereka yang ada masalah hidung berdarah ini. Apa-apa pun, harap pendarahan tersebut tidak serius dan Zara Zya berada dalam keadaan yang baik.
Sumber daripada: Instagram