Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

[VIDEO] Persembahan Zamani Dan Zynakal Memukau, Ramai Tak Tahu Tu Pak Cik Dan Anak Buah

today29 March 2021

Background

Siapa je tak kenal dengan salah seorang penyanyi lagenda tanah air, iaitu Zamani Ibrahim, 50 tahun, yang pernah popular bersama kumpulan Slam sekitar tahun 1990-an. Terbaharu, Zamani membuat kemunculan dalam salah satu program realiti TV, Famili Duo yang mula bersiaran di TV3. Ia merupakan sebuah pertandingan realiti nyanyian famili, dan tentu ada yang tertanya-tanya siapa yang Zamani akan bawa.

Akhirnya Zamani muncul bersama Zynakal dalam persembahan Famili Duo malam semalam. Rupa-rupanya ramai juga yang tidak tahu bahawa Zamani merupakan pak cik kepada penyanyi Zynakal. Menerusi tinjauan di Twitter, ramai yang menyatakan mereka baru tahu bahawa Zynakal, atau nama sebenarnya, Muhammad Raziq Rosli, 23 tahun, merupakan anak sedara kepada penyanyi lagenda tanah air itu. 

Dalam pada itu, sudah tentu persembahan mereka dianggap ‘legend’ dengan kehadiran Zamani itu sendiri serta memukau para juri, Mark Adam dan juga Didie Alias. Wargamaya juga turut memuji kehebatan vokal Zynakal yang mampu seiring dengan kehebatan pak ciknya itu. 

Bertepatan dengan persembahan yang diberikan, Zamani dan juga Zynakal dinobatkan sebagai juara mingguan bagi persembahan malam semalam. Memang dua-dua memiliki suara yang sedap, seolah-olah bakat menyanyi itu mengalir kuat bagi pasangan ini. Walaupun Zynakal biasa dengan genre muzik rap, namun kebolehan nyanyiannya tetap terserlah semasa berduet bersama Zamani. 

Baca juga artikel menarik lain:

Kereta-Kereta Proton Yang Pernah Muncul Dalam Filem Dan Rancangan TV Luar Negara

Kerajaan Belanda Anjur Konsert Semasa Pandemik COVID-19 Masih Belum Berakhir…

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Buletin

Pencuci pinggan berjaya realisasikan impian menjadi jutawan sabun

Platform PKS PETALING JAYA – Tuah jenama Do’zee selepas bertukar daripada Top 5, keluaran syarikat SR Asia Resources Sdn. Bhd. (SR Asia Resources) telah membo­lehkan entiti ini semakin berjaya sekali gus meletakkan namanya setanding dengan syarikat utama di Malaysia. Kejayaan pengeluar pelbagai produk cucian untuk isi rumah dan industri itu telah diasaskan oleh Datuk Mohd. Syukri Ibrahim. Kecemerlangan itu bukan datang bergolek di depan mata tetapi hasil daripada jerih perih […]

today29 March 2021