Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

[VIDEO] Puas Update Pasal Makan, Awal Ashaari Tunjuk Artis Yang Hadir Majlis Perkahwinan Syamel & Ernie Zakri Pula

today5 April 2021

Background

Mungkin disebabkan puasa dah tak lama lagi, jadi ramailah juga yang berkejar untuk melangsungkan majlis perkahwinan mereka. Kalau minggu yang sudah, wargamaya dibanjiri dengan berita majlis perkahwinan selebriti terkenal tanah air, Neelofa Mohd Noor. Tapi untuk minggu ini, giliran pasangan selebriti dan juga penyanyi ini, Syamel dan Ernie Zakri pula mengadakan majlis perkahwinan.

Tentulah gambar dan juga video pendek sepanjang majlis berlangsung itu dinantikan oleh peminat yang tak dapat hadir ke majlis mereka. Jadi siapa lagi nak kongsikan update sepanjang berlangsungnya majlis resepsi Syamel dan Ernie kalau bukan Awal Ashaari. Memang update daripada Awal Ashaari ini antara yang ditunggu-tunggu oleh wargamaya selepas beliau dengan jayanya berkongsikan update bagi majlis perkahwinan Neelofa minggu lalu. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari)

“Kalau semua nak update pasal persembahan, pasal makan, jadi siapa nak bagitahu tentang mereka yang hadir majlis resepsi Syamel dengan Ernie. Tak gitu?,” tulis Awal dalam ruangan kapsyennya.

Nampaknya kali ini awal berkongsi dengan peminat satu video pendek yang memaparkan mereka yang hadir ke majlis tersebut. Menerusi video pendek itu, dapat dilihat antara selebriti yang hadir adalah seperti Khai Bahar, Nabila Razali, Anuar Zain, Ziana Zain, Hael Husaini, Dato’Sri Siti Nurhaliza, dan ramai lagi. Kalau nak sebut satu-satu memang tak habislah jawabnya. 

Dalam pada itu, wargamaya turut merasakan Awal patut hadir ke setiap majlis perkahwinan golongan selebriti. Memang dah boleh jadi ‘wartawan netizen’ lah kalau macam ni

Harap-harap Scha Alyahya bertabah melihat gelagat suaminya itu sampaikan Awal kata isterinya stress melihat suami sendiri dah macam fanatik artis semasa di wedding Syamel dan Ernie. Yang penting gambar Scha Alyahya tetap ada.

Baca juga artikel menarik lain:

Hadir Perkahwinan Anak Kris Dayanti, Netizen Puji Presiden Jokowi Dilihat Patuh SOP Sepanjang Majlis

Bermula Dengan Kematian Gadis Kecil, Patung Seram Okiku Dikatakan Mampu Tumbuh Rambut

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Gaya Hidup

Kembar 7G Selamat Bernikah, Main Teka-Teki Siapa Bakal Timang ‘Baby Twins’ Dulu

Menerusi posting itu, selain mengucapkan tahniah atas pernikahan kembarnya itu, Ieka juga telah memuat naik satu lagi posting yang telah menarik perhatian netizen.Dia menulis kapsyen "Lepasni agak-agak siapa yang akan dapat baby twins?, kita tengok jelah" di laman Instagramnya itu.Dia seolah-olah bermain teka-teki dengan pengikut mereka mengenai siapa di antara mereka yang akan menimang cahaya mata kembar seperti mereka berdua pada masa akan datang.Lihat posting penuh itu di... Klik untuk baca […]

today5 April 2021