Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

[VIDEO] “Saya Geletek Dia, Tapi Tak Bangun” – BCL Akhirnya Tenang Dedah Kisah Sebenar Malam Pemergian Ashraf

today10 March 2021

Background

Bukan mudah untuk menghadapi pemergian orang tersayang, lagi-lagi orang yang pergi itu adalah pasangan sehidup semati kita sendiri. Apa yang dilalui oleh Bunga Citra Lestari (BCL) selepas kehilangan suaminya yang tercinta, Ashraf Sinclair, benar-benar meruntun jiwanya sehingga ramai warganet turut merasai kehilangan Allahyarham. 

Image via:https://ohbulan.com/

Sudah tentu pada awalnya agak berat buat BCL untuk menceritakan keadaan sebenar yang dia lalui pada malam Ashraf meninggalkannya. Bagaimanapun, melalui video perkongsian di Tik Tok, BCL akhirnya tampil kuat dan tenang menceritakan peristiwa sebenar apa yang berlaku sewaktu dia menyedari suaminya itu benar-benar sudah pergi. 

Seperti Dalam Filem, Dikejut Tapi Tak Bangun

Menurut BCL, dia dan Ashraf sempat berborak di dalam bilik mereka sebelum Ashraf tidur dan kemudian tidak sedarkan diri terus. Mungkin pada waktu itu Ashraf kepenatan kerana mereka baru pulang dari New York. Dibiarkan tidur, BCL pun masuk ke bilik air untuk mandi dan membersihkan diri. Namun, tanpa diduga, sebelum Ashraf tidur itulah pertemuan terakhir mereka kerana selepas BCL keluar dari bilik air, suaminya itu sudah tidak sedarkan diri. 

@habil_ritonga_spm##foryou ##sahabat_habil ##sahabatspm ##fyp♬ original sound – Habil Ritonga,SPM??

BCL menceritakan, pada awalnya dia tidak memikirkan apa-apa dan sangka suaminya itu benar-benar tidur. BCL memanggil Ashraf, mengucup pipinya, memeluknya dan cuba untuk mengejutkannya, tetapi tidak ada respon dari Ahsraf. Kata BCL, “seperti dalam filem, saya gerak-gerakkan, saya geletek dia, tapi tak bangun”. 

Setelah itu, BCL dalam keadaan panik memanggil ibunya di bawah dan kemudian bergegas membawa Ahsraf ke pusat perubatan bersama anaknya, Noah. Bagaimanapun, Ashraf kemudian disahkan telah meninggal dunia. Menerusi video itu, BCL menyatakan suaminya sudah selamat menghadap ilahi dan dia bersama anaknya harus terus gembira menjalani kehidupan sekarang.

 

Baca juga artikel menarik lain:

Bunuh Jiran Sebab Terdesak Dapatkan Duit Bayar Hutang, Mayat Mangsa Disorok Bawah Katil!

“MK Pun Keluar 3 Hari Guys” – Kini Giliran MK K-Clique Ikut Jemaah, Dekatkan Diri Tuntut Ilmu Agama

 

 

 

 

Sumber daripada: Tik Tok

Written by: Hamka Rosli


Previous post

157646519_1960029990826957_5573669256805414447_o

Sukan

JDT Catat Rekod Tontonan Melebihi 1 Juta, 3 Perlawanan MD2 Liga Super Raih Hampir 2.3 Juta ‘Views’

Kehangatan saingan liga bola sepak tempatan seperti dijangka semakin meningkat berbanding perlawanan pembukaan minggu lalu. Ini terbukti apabila perlawanan MD2 semalam telah berjaya mencatatkan satu angka yang cukup memberangsangkan dimana hampir 2.3 juta tontonan direkodkan melalui platform Youtube unifiTV sahaja! 3 perlawanan telah berlangsung semalam dan perlawanan JDT bertemu Penang FC muncul sebagai perlawanan paling mencuri tumpuan apabila merekodkan 1,067,185 tontonan dalam tempoh... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today10 March 2021