Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

[VIDEO] Teguran ‘Halus’ Fimie Don Kepada Remaja TikTok Buat Warganet Tersentap

today25 June 2021

Background

Tidak dinafikan penggunaan media sosial pada masa kini mempunyai pengaruh yang hebat dan sangat kuat. Setiap posting  yang berjaya menarik perhatian warganet dalam sekelip mata boleh tersebar dengan cepat sehingga menjadi tular di seluruh laman sosial, terutamanya di aplikasi Twitter. Baru-baru ini tular sebuah video TikTok yang memaparkan seorang remaja lelaki melakukan mimik muka dan suara manja seakan memujuk orang ramai untuk tidur telah meraih perhatian warganet yang berang melihat video tersebut.

“Kenapa belum tidur? Kamu sudah ditangkap. Bagitahu dua sebab kenapa. Kalau tak, saya dengan Mickey dan Minnie tembak awak. Cepat! Kenapa?,” soal remaja berkenaan

Baca juga: “Kena Istiqomah Dulu Nanti Dikecam” – Uqasha Senrose Terdetik Hati Untuk Berhijab Semula, Ramai Mendoakan

Terbaru, pelakon hebat Fimie Don memuat naik sebuah video di akaun TikTok miliknya yang seakan ‘memerli’ perlakuan remaja lelaki tersebut. Namun di pertengahan video Fimie itu, orang ramai terkejut apabila Fimie secara tiba-tiba menyelitkan teguran dengan melemparkan kata-kata berbaur nasihat kepada remaja itu. Walaupun tampak kasar cara Fimie meluahkan isi hatinya, namun setiap perkataan yang dikatakan itu jika difikirkan dari sudut positif sebenarnya mempunyai maksud yang sangat mendalam.

@fimiedonofficialHUH ?!? ##whydikwhy?♬ original sound – Fimie Don

“Tak cukup ke perhatian yang tuhan bagi pada kau sebelum ni? Semua benda yang tuhan bagi kat kau dari segi tubuh dan akal kau, ruang untuk kau bercakap dan TikTok kau, tapi kau masih perlukan perhatian,?” ujar Fimie dalam nada tegas. 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata daripada warganet terdiam dan mengakui mereka ‘tersentap’ dengan kenyataan Fimie itu. Walaupun ayat yang dilemparkan kedengaran biasa, namun apa yang Fimie sampaikan itu sebenarnya berbalik kepada cerminan dalam hidup kita agar kembali kepada dunia nyata. Ada juga dalam kalangan mereka yang menyokong Fimie sepenuhnya. Menurut mereka, meskipun perkongsiannya sangat ringkas, namun maksud yang cuba disampaikan oleh Fimie sangat padat dan menusuk kalbu.

Bagaimanapun, video yang dimuat naik oleh Fimie itu hanyalah gurauan semata-mata. Jangan ada pula dalam kalangan warganet yang memandang serius dan mengambil hati dengan kenyataan Fimie. Sebaliknya, adalah lebih baik jika kita memandang kenyataan Fimie itu dari sisi yang berbeza agar sedikit sebanyak kita dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada luahan hati kecil Fimie. Sama-sama kita renungkan.

Baca juga: “Ambil Nyawa Itu Kerja Tuhan” – Kata Semangat Untuk Teruskan Hidup Dari Fimie Don Buat Netizen Rasa Sebak

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: TikTok Fimie Don 

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Terkini

BTS mahu pastikan peminatnya tidur nyenyak

PETALING JAYA – Gelombang BTS sekali lagi melanda Malaysia apabila fenomena K-pop antarabangsa itu berganding bahu dengan syarikat terkemuka Life Solution Company, Coway dalam usaha mempromosikan tilam Prime Series. Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi berkata, kerjasama ini bertujuan untuk memastikan peminat Kumpulan K-Pop itu mendapat tidur  berkualiti kerana melalui tidur yang nyenyak akan meningkatkan tahap kesihatan dan mengubah kehidupan harian mereka. Menurut beliau, kumpulan... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today25 June 2021