Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

[VIDEO] Terpisah Hampir Setahun Kerana COVID-19, Video Pertemuan Semula Bikin Netizen Mengalir Air Mata!

today23 February 2021

Background

Sedar tak sedar, sudah hampir setahun negara kita serta serata dunia dilanda pandemik wabak COVID-19. Ia boleh dikatakan memberi kesan terhadap kehidupan manusia, sehingga ramai yang kehilangan ahli keluarga disebabkan virus tersebut. Bagaimanapun, tidak kurang juga mereka yang terpisah daripada keluarga atas sebab tuntutan kerja. 

Melalui satu perkongsian video di Instagram milik Syazwana Jamal, memaparkan detik pertemuan anak-anaknya dengan bapa mereka yang sudah lama terpisah sejak bulan Mac 2020. Menurut Syazwana, suaminya yang dikenali dengan nama Akram bekerja di Qatar dan sebelum adanya pandemik, dia akan pulang ke rumah setiap bulan. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syazwana Jamal (@syazwana.sj_)

Bagaimanapun, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan pada Mac tahun lepas, Akram yang berada di Qatar tidak dapat pulang ke Malaysia sehinggalah pada bulan Februari tahun ini.  

“Asyik ulang-ulang kene bagitau anak-anak yang ayah tak boleh balik sebab ada virus. Bahaya. Anak-anak sekecil 4 dan 5 tahun terpaksa kene faham,” tulis Syazwana dalam perkongsiannya di Instagram.

Dengan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia baru-baru ini, Syazwana sekali lagi akur dan tidak berharap untuk suaminya itu pulang ke Malaysia. Bagaimanapun, Akram dalam diam membuat permohonan cuti untuk pulang ke Malaysia. Dalam video yang dikongsikan itu, hampir sepanjang masa anak-anaknya menangis meminta ayahnya pulang. Maka dengan kepulangan Akram, terukirlah senyuman kebahagiaan dan tangisan kegembiraan di wajah mereka.

Rata-rata warganet yang menonton video pertemuan semula keluarga itu mengalirkan air mata sambil menahan rasa sebak. Walaupun tidak berada di tempat mereka, ramai yang tetap berasa terharu dan sedih dengan pertemuan semula keluarga tersebut yang terpisah hampir setahun. 

Baca juga artikel menarik lain:

“Konon Al-Hafiz..” – Lupakan Isu K-Pop, Netizen Kini Bergabung Pertahankan Ustaz Kazim Elias #protectustazkazimelias

“Vaksin Bukan Dajjal” – Khairy Jamaluddin Ajak Orang Ramai Sebar Maklumat Sahih Vaksin COVID-19

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Instagram

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Buletin

Balai Polis Ampang gantung urusan kepada orang awam

Ampang Jaya: Orang ramai yang ingin berurusan di Balai Polis Ampang dinasihatkan ke balai berlainan susulan penggantungan urusan kepada orang awam bermula 23 Februari hingga 1 Mac ini. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, tindakan berkenaan diambil bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Difahamkan setakat ini 11 anggota polis di balai terbabit dikesan positif Covid-19 dan sejumlah anggota lain diarahkan untuk kuarantin kendiri. "Segala urusan... Klik […]

today23 February 2021