Site icon Kool FM

[VIDEO] “Thank You Uncle!” – Tak Henti Ucap Terima Kasih, Aafiyah Teruja Dapat Baju Cantik Untuk Shooting

Memang jarang tidak menjadi perhatian di media sosial, anak sulung penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan netizen dengan telahnya menerusi perkongsian video di Instagram. Siti Aafiyah kelihatan sangat teruja apabila menerima pakaian daripada pereka fesyen untuk digunakan dalam pergambaran terbaru nanti.

“Aafiyah ada fitting tadi untuk projek istimewa. Bukan main gembira dia, tak habis-habis ucap terima kasih dekat uncle carikan baju Aafiyah,” tulis Siti Nurhaliza di ruangan kapsyen video tersebut.

Menurut Siti, baju yang ditempahnya itu bakal digunakan dalam projek istimewa buat Aafiyah. Dalam pada itu, walaupun Aafiyah baru sahaja berusia 3 tahun, namun dia sudah pandai menunjukkan budi pekerti yang baik dengan tidak henti-henti mengucapkan terima kasih.

Keterujaan di wajah Aafiyah jelas terpancar semasa melihat baju barunya, dan seperti tak sabar nak menyarungkannya. Telatahnya dihadapan kamera juga kelihatan bersahaja, dan itulah yang membuatkan warganet berasa senang melihat gelagatnya. Kecil lagi sudah tahu baju yang bakal disarungnya itu nanti kelihatan cantik. Video Aafiyah bersiap-siap ternyata memperlihatkan lagi kecomelan dia menyarung baju tersebut. 

 

Sementara itu, warganet juga tidak lepaskan membanjiri ruangan komen dan memuji kecomelan Aafiyah. Tambahan lagi, rata-rata turut mendoakan Siti Aafiyah terus menjadi anak yang soleh dan berbudi pekerti. Min tengok pun rasa comel je kan gelagat Aafiyah ni

Baca juga artikel menarik lain:

Ini Langkah Yang Perlu Anda Ambil Sekiranya Berhadapan Dengan Ancaman

Pengarah ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ Kecewa Babak Seram Dipotong, Risau Penonton Tak Faham Jalan Cerita

 

 

 

Sumber daripada: Instagram

Exit mobile version