Biasanya kalau ada kawan kita yang nyanyi tapi suara dia macam kurang merdu sikit mesti kita akan kata nyanyian dia bakal memanggil hujan. Walaupun kita tahu ianya hanyalah mitos semata-mata, tapi itulah yang berlaku kepada pelakon Amyza Aznan apabila dia dilihat seperti memanggil hujan bila dia mula bernyanyi.
Menerusi perkongsian video di Instagram miliknya, dapat dilihat bagaimana hujan dan ribu datang sejurus sahaja Amyza memulakan nyanyiannya. Bagaimanapun, sudah tentu ianya sekadar kebetulan sahaja sehingga membuatkan ramai yang geli hati melihat gelagatnya.
Baca juga: Ayda Jebat Tawar RM50 Setiap Hari Bagi Siapa Dapat Duduk Rumah Sewaktu Total Lockdown
“Tu malas Kak Kaaia nak nyanyi tu. Alam pun tak setuju, sekali sampai pakej angin hujan ribut,” ujar Amyza berseloroh tentang kejadian yang dilaluinya itu.
Namun, terdapat juga wargamaya yang suka dengan suara nyanyian Amyza yang mempunyai tone serak basah itu. Sementara itu, rakan-rakan artis yang lain juga turut terhibur melihat video yang dikongsikan Amyza itu. Memang tak sangka baru nak mula nyanyi dah hujan ribut semua.

Bagi yang tidak tahu, Amyza sering berkongsikan bakat nyanyian anak lelakinya yang pernah muncul dalam program nyanyian Famili Duo di TV3. Memang suara anak remajanya itu, iaitu Adrian Adam merdu serta mempunyai kemampuan untuk ‘menarik’ vokal tinggi. Kalau tak nak hujan turun, mungkin boleh tonton video nyanyian anaknya itu.
Baca juga: “Macam Kembar” – Terima Pujian Lakonan Mantap, Ramai Kata Wajah Puteri Liyana Dan Amyra Rosli Seiras