Kool FM

[VIDEO] “Ustaz Madi Buat Hal” – Cubaan Azhan Rani Masuk AJL Tahun Depan Cuit Hati Netizen

Bukan mudah sebenarnya nak masuk Anugerah Juara Lagu (AJL) sebab memerlukan kreativiti yang tinggi untuk menghasilkan lagu yang penuh kualiti. Bila dah masuk pula, perlu bersaing dengan lagu-lagu lain untuk merebut gelaran juara lagu. Itulah apa yang dilalui oleh penggiat industri muzik saban tahun dalam meneruskan legasi muzik tanah air. Bagaimanapun, ia tidak menghalang pelakon, Azhan Rani untuk turut cuba masuk AJL tahun hadapan. 

Sudah tentu ia hanya gurauan, namun gelagat Azhan yang seolah-olah ingin memasuki AJL akan datang mencuit hati wargamaya. Azhan juga berseloroh lagu yang akan dipertandingkannya itu sangat dekat antara alam dan manusia, serta bait lirik yang menginsafkan. 

“Ni kalau tak menang AJL tahun depan tak tahulah. Baru latihan pertama dah rasa sebak sampai langit menangis,” tulis Azhan dalam gurauan. 

Dalam video yang dikongsikannya itu, Azhan dilihat menyanyi lagu berkenaan ‘Tiktok’ dan ‘hujan’ bersama satu kumpulan selawat, yang mana kemudian menunjukkan hujan yang sangat lebat di kawasan Kuala Lumpur. Dalam pada itu, wargamaya yang lain turut memberi pelbagai respon di ruangan komen dan rata-rata kelihatan terhibur dengan video tersebut.

“Ustaz Madi buat hal pula dah.” ujar salah seorang wargamaya mengingatkan kembali kepada watak Azhan dalam drama Nur yang pernah popular disiarkan di TV3.

Apa-apa pun, gelagat Azhan Rani tetap mencuit hati. Tapi kalau betul ada bakat terpendam, boleh juga Azhan betul-betul hasilkan lirik yang menyentuh jiwa untuk dipertandingkan dalam AJL tahun depan.

Baca juga artikel menarik lain:

[VIDEO] Tular Pasangan “Kayangan” Tunggang Kuda Buat Pesanan Makanan Di Drive-Thru McD

Lagu Aina Abdul Dekat Dengan Jiwa, Netizen Kongsi “Semalam” Mengisahkan Hidup Mereka Juga

Sumber daripada: Instagram

Exit mobile version