
Akhir-akhir ini, kematian berikutan wabak Covid-19 semakin bertambah dan sehingga semalam, negara mencatatkan sebanyak 5,497 kes kematian. Jika dilihat menerusi angka tersebut, ia merupakan satu angka yang agak besar dan secara tidak langsung membimbangkan pelbagai pihak.
Seperti video tular di media sosial dan meraih perhatian ramai menceritakan mengenai seorang jenazah yang tidak dibenarkan untuk dibawa pulang ke rumah berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Difahamkan, van jenazah itu membawa mayat seorang wanita berusia 86 tahun yang meninggal pada Jumaat yang lalu
Jenazah tidak dibenarkan dibawa ke rumah kerana SOP ketat kes kematian berkaitan COVID-19.
Namun kenderaan jenazah diperlahankan bagi memberi peluang keluarga memberikan penghormatan terakhir.
Kredit Video : Orang Awam pic.twitter.com/SOLtYARGso
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) July 4, 2021
Menerusi video berdurasi satu minit itu, memaparkan van jenazah yang dibawa dengan ‘perlahan’ melalui rumah ahli keluarganya. Pada masa yang sama, turut kedengaran audio pesanan yang meminta maaf kepada ahli keluarga susulan jenazah akan dihantar terus ke kubur. Kejadian tersebut berlaku di Kampung Janda Baik, Pahang.
Untuk bacaan selanjutnya, klik saja disini.