Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

[VIDEO] Wan Maimunah Kongsi Kesedihan Tak Dapat Jumpa Anak-Anak Raya Tahun Ni Buat Netizen Bertakung Air Mata

today20 April 2021

Background

Tiap kali tiba musim perayaan, tentu harapan mak dan ayah adalah untuk berjumpa anak-anak yang bekerja jauh di bandar-bandar besar. Walaupun setahun hanya sekali, namun penantian itulah yang paling ditunggu-tunggu oleh mereka. Namun, selepas pandemik COVID-19 melanda dunia, harapan tersebut seperti berkecai kerana terpaksa akur dengan larangan rentas negeri. Kini memasuki kali kedua kita semua bakal tidak pulang beraya ke kampung halaman masing-masing.

Perkara tersebut turut dikongsikan oleh pelakon legenda tanah air, iaitu Wan Maimunah Wan Abdul Aziz. Semalam tular satu video pendek memaparkan pelakon tersebut meluahkan kesedihan di hati apabila tahun ini juga beliau mungkin tidak dapat berjumpa dengan anak-anaknya. Tambahnya lagi, beliau meminta untuk anak-anak semua supaya tidak menangis.

Baca juga: “Benci Mak Tengok Kau Nyanyi” – Niat Keluarkan Lagu Raya Baharu, Aliff Syukri Kena Sound Setepek Dengan Bonda

“Sama-sama kita kuatkan hati, tabahkan hati kita sebab kita semua tak dapat balik raya. Jangan nangis, ibu nangis tak apa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Wan Maimunah turut menyatakan bahawa beliau tidak dapat membuat panggilan video ke anak-anaknya kerana talian di rumahnya tidak berapa baik. Menahan sebak di hati apabila beliau berkongsi apa yang dilaluinya itu.

Sementara itu, wargamaya yang lain turut terasa sebak serta menahan tangisan air mata melihat luahan hati pelakon senior itu. Ada juga wargamaya yang keliru sama ada tangisan pelakon tersebut adalah betul atau lakonan, sebab dalam lakonan pun nampak macam betul-betul. Mungkin itulah kehebatan yang dimiliki oleh Wan Maimunah. Semoga kita semua terus tabah pada raya tahun ini dan jangan menangis bak kata Wan Maimunah.

Baca juga: Netizen Luah Rasa Kecewa Video Khidmat Pesanan Masyarakat KPDNHEP Tidak Menggambarkan Situasi Semasa

Sumber daripada: Twitter

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Gaya Hidup

Isteri Cuak Nampak Lipas Dekat Dapur, Tapi Cara Si Suami Ajar Halau Pula Yang Curi Tumpuan

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi wanita tersebut yang cuba menghalau serangga terbabit.Malah, ramai yang berkongsi pendapat sama bahawa kes sebegini memang perkara yang sangat menakutkan lebih-lebih lagi jika kedua-duanya takut pada lipas.Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 47.2K views, 2,210 likes dan 81 comments di TikTok.Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

today20 April 2021