Kool FM

Warganet Teruja Taman Buaya & Rekreasi Melaka Tawar Lawatan Secara Maya

Semenjak tahun lalu, penularan wabak pandemik COVID-19 dalam negara kita banyak memberi kesan negatif dalam industri negara sehingga ada syarikat yang terpaksa gulung tikar. Antara industri yang paling teruk terkesan adalah industri pelancongan, industri ekonomi dan sosial seperti panggung wayang dan zoo. Baru- baru ini, sebuah ciapan di Twitter tular mengenai Taman Buaya & Rekreasi di Melaka telah mengadakan lawatan secara maya kepada orang awam sebagai salah satu insiatif untuk menjana pendapatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Perkongsian yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yang diberi nama Saiful Islam ini merupakan salah satu pelanggan yang mengikuti lawatan ke Taman Buaya & Rekreaksi secara ‘maya’ yang berlangsung selama 2 jam itu. Menerusi sebuah poster yang berada dalam ciapan tersebut, aktiviti lawatan ini hanya mengenakan caj sebanyak RM7 seorang dan menggunakan platform Google Meet atau Zoom untuk memberi penerangan mengenai haiwan dan memberi buaya makan. Wow, bestnya!

Baca juga: “Duit Derma Masuk Salah Akaun Ke?”- Keadaan Zoo Negara Teruk Seperti Sudah Terabai

Tinjauan di maklum balas ciapan tersebut mendapati ramai dalam kalangan mereka yang teruja dan berminat untuk mendaftarkan diri bagi mengikuti lawatan Zoo yang berlangsung secara maya ini. Ada juga di antara warganet yang memuji pihak pengurusan Taman Buaya & Rekreasi Melaka dek kerana membuat insiatif yang sangat bernas dan di luar jangkaan ini serta tetap  bersemangat untuk meneruskan aktiviti di sana meskipun hanya dilakukan secara maya.

Kesan pandemik COVID-19 semestinya membuatkan ramai dalam kalangan kita yang terdesak untuk meneruskan kelangsungan hidup. Namun begitu, tidak kurang juga sanutari haiwan yang berada di Zoo seluruh Malaysia turut terjejas akibat pihak pengurusan yang tidak dapat menjana pendapatan untuk menampung perbelanjaan haiwan-haiwan yang berada di Zoo. Oleh itu, mungkin Zoo Negara boleh menjadikan inisiatif Taman Buaya & Rekreasi Melaka sebagai contoh untuk mereka turut mempamerkan lawatan secara maya ini. Sama-sama kita nantikan.

Baca juga: “Tak Pilih Kasih, Tak Kira Manusia atau Haiwan..” – Ebit Lew Derma Makanan Ke Zoo Negara Sempena PKP

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Twitter 

Exit mobile version